Showing posts with label Cerita Aku. Show all posts
Showing posts with label Cerita Aku. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

MiNi NoVeL ReHaN MaKhTaR

Assalamualaikum...

Selamat Petang... :)
hari nie ada sedikit masa untuk update blog.. kalau tidak.. x sempat nak jengah blog sendiri..
asyik bersawang je blog.. heheehh..
Petang nie nak cerita pasal mini novel Rehan makhtar... Mini2 novel nie novelis nie terbit sendiri... kalau cari kat kedai2 buku mmg x kan jumpa...
jom kita tengok mini novel Rehan yg Pertama...


Ku Ingin Milikimu..

Yeahhh... nie dia Mini Novel Pertama yg Rehan Makhtar terbitkan sendiri...  
meh sini baca Sinopsis KIM nie...

Sinopsis :

“Aku inginkan dirimu, datang dan temui aku dan akan ku katakan padamu, aku sangat mencintaimu. Sesungguhnya, aku inginkan dirimu datang dan temui aku dan akanku katakan berkali-kali yang aku amat mencintai dirimu dan demi semua yang aku jalani bersamamuku ingin kau jadi milikku, ku ingin kau disampingku. Aku akan mencintaimu menjagamu seumur hidupku…” – Mohd Mukhlis

“Selama ku masih bisa bertahan selama ku masih bisa bernafas, selama Tuhan masih mengizinkan, ku ingin selalu bersamamu… Selama ku masih bisa bertahan, selama ku masih bisa bernafas, ku ingin selalu mencintaimu…” - Anahara

“Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta dan hanya dirimu yang bisa membawa syurga dalam hatiku ku ingin engkau menjadi milikku aku akan mencintaimu menjagamu selama hidupku dan aku kan berjanji hanya kaulah yang ku sayangi ku akan setia disini menemanimu...” – Zafran 

Antara memiliki dan mencintai, di manakah pengakhiran kisah hati Mohd Mukhlis, Anahara, Jeslina dan Zafran demi permata hati, Si kecil Aryana.


Lepas KIM nie.. ada lagi sebuah mini g Rehan terbitkan sendiri juga... Mini yg ke-2 nie cerita pasal Zafran pulak... kira cam sambungan la dari KIM...
Cover mini novel nie kat bawah ye... :)

Kerana Sekali Cinta...

Cerita nie sweet sangat... bila baca senyum je... 
jom tengok Sinopsis KSC nie...


Sinopsis :

Cinta pertama itu pernah hadir. Memang indah biarpun parah membadai jiwa. Bertahun aku pertahankan kisah hati yang ternyata bukan milik aku namun akhirnya, takdir membawa khabar yang nyata. Indahnya cinta pertama, malah hebat lagi cinta kedua. Dia hadir ketika takdir membawa dia dekat di hati. Dias ah di sisi bila takdir menolak dia menjadi milik diri ini. Dia… Anaresa. Unik, muda dan masih bergelar budak sekolah. Namun, kala lafaz sakinah tu terluncur dari bibir ini, dia adalah wanita. Wanita kepada seorang lelaki, isteri kepada seorang suami – Zafran Zaini

“Moga keindahan cinta kita kekal selamanya. Andai terduga, kekalkan Resa di hati abang. Menjadi wanita memujuk hati abang, menjadi teman mendengar masalah abang dan menjadi isteri memeluk abang ...” – Zafran

Aku masih bergelar budak sekolah. Masih sopan dalam kenakalan ini. Dia hadir tanpa kuduga. Membawa kisah cinta yang tak pernah ada di dalam hati. Ternyata yang pertama itu untuk dia dan juga berharap dialah yang terakhirnya. Saat tawaran terhad itu aku terima, ternyata akulah pelengkap sisi rusuknya. Ada resah dalam diri. Mampukah seorang budak sekolah menjadi isteri? Namun, kala dia melafazkan akad, mengucup nafas di kepala, dia adalah suami dan aku adalah isteri – Anaresa Abdullah

“Resa cintakan abang. Yakinlah, kerana sekali cinta, Resa tetap cinta…” – Anaresa

Zafran dan Anaresa bertemu kala takdir membawa dua hati itu mendekat pada tempat dan waktu yang tepat. Umur menjarakkan namun cinta di hati mendekatkan malah jodoh merelakan. Menerima suami yang matang membuatkan Anaresa kalut sejenak. Bagi Zafran pula, mencintai budak sekolah itu membuatkan dia yakin, dia perlu mendidik Anaresa menjadi mata sebagai seorang wanita dan isteri.

Jom, selami tingkah Anaresa yang mencuit hati dalam menjadi isteri pada Zafran yang romantis.


hurmmmm.... teruja x bila baca sinopsis Mini Novel nie... mesti terujakan??? kalau nak baca mini novel nie pun boleh juga... sila terjah Blog Ijo Rehan Makhar <--- kat="" klik="" nama="" rehan="" span="" tu="" ye...="">

Disebabkan oleh NM nie x de kat kedai2 buku... dan kalau U oll's nak dapatkan NM Rehan nie... U oll's boleh order dgn Rehan Sendiri... cari je Rehan kat FB dia... tak pun.. cari cik Admin Rehan iaitu.. CIk Hashimah Hashim... hehehehehe... 

ok u oll's.. nie baru dua tau.. ada lagi 2 mini novel rehan... sok2 la pulak ye ai bg tau.. heheheh..
masa dah time.. have to go home... 
bye u oll's...






Friday, December 28, 2012

JumaaT yang IndaH...

Assalamualaikum...

Salam pagi JUMAAT terakhir untuk tahun 2012.. semoga kita semua bertemu lagi di Hari Jumaat tahun Baru 2013.. Insyallah...

Yeyyy... hari nie happy sangat sbb Blog dah kembali pulih... dah cantik.. wahhh... semangat gitu nak upadate blog.. pepagi lagi dah menaip nie.. kalau tak.. hurmmm... sign in.. sign out.. itu je.. x de buat apa2.. sbb x leh nak tukar setting... kikikikiki...

So oleh sbb blog dah kembali pulih dan dah cantik.. million thanks to kak RAFINA MIMI... thanks kak...
lepas nie.. leh la update blog hari2.. sbb dah x de kerja.. kahkahkah.. permulaan tahun baru dgn rasa sedikit keciwa... tapi bersyukur dgn apa yg ada.. 

Ok semua... selamat bekerja.. berkerja dengan seikhlas hati... Semoga segala tangungjawab yg diamanahkan kepada kita dapat dilaksanakan dengan sempurna...semoga hari ini memberikan anda semua kebahagiaan dan keceriaan..

love u :)



Wednesday, November 14, 2012

AkU YanG PenInG

Assalamualaikum...
lama sudah aku x ber blog...
Bila buka blog.. aku pening sendiri... blog dah baru... tapi masalh bg aku..
macam mana nak tukar BG blog nie???
adehhh... rasa dah bosan ngan BG yg sedia ada nie... tapi cam ner nak tukar..
ada Siapa2 yg boleh tolong x???

Saturday, July 14, 2012

Hujung minggu orang bujang...

Assalamalaikum u oll's....

Cuti hujung minggu yg agak boring... heheheh... tiada aktiviti nak dibuat... TApi kat bawah rumah sejak dari pagi td sampai sekarang masih lagi bising... ada sambutan hari perpaduan.. hahahaha...

Tapi tie x join la... bukan sbb apa... rasa segan nak join.. lagi pun belom kenal org2 kat sini... rasa cam alien je... bila kita lalu org2 pandang... og no... perasaan tie je kot... tapi org2 kat sini mmg peramah.. bila terserempak mesti tanya.. duduk blok mana, tingkat berapa, pintu no berapa??.. Aduhai.. makcik oooiii... jgn la peramah sangat...
Saya ni pemalu org nya... hahahahaha... budak2 duk main lari2 depan pintu rumah.. siap nak jadi ultraman tiga lagi.. hahhahahaha.. budak2... tiba2 aku rindu kat anak2 buah... aduhai... home sick

sok nak g mkn kenduri... insyallah kalau jadi la... teringin pulak nak mkn kenduri sebelom pose nie.. heheheh....

Minggu depan dah nak start puasa.. pertama kali berpuasa sendiri... cam ner la rupanya ye.. kena tunggu dan lihat... heheheheh....

nur qaseh.

Monday, July 9, 2012

Fasa Baru Bermula..

Assalamualaikum...


Lama sungguh  tidak menjengah ke rumah aku yg satu ini... Maaf dan terima kasih buat semua yg sudi singgah kesini walaupun tiada update baru...


Bukan tiada apa untuk diceritakan atau dikongsi bersama kalian.. tetapi kekangan masa.. dan seolah2 masa amat mencemburui ku.. hehehe... ayat budget novelis...  aduhai... insyallah lepas nie akan cuba untuk mengupdate sekerap yg mungkin dan sekerap yg boleh.. jgn pulak lepas nie u oll's semua bosan sudah la ye... heheheh <-- wah budget ramai le sangat yg jengok blog dia nie....


Hari nie bermula fasa baru dalam kehidupan aku.. Pertama kalinya hidup sendiri.. aduhai.. perbagai rasa yang ada dijiwa.. nak... nak pula dah dekat time nak puasa nie.. macam2 yg difikirkan.. boleh ke aku hidup sendiri.. masa nie la terfikir.. nak berhenti keja dan balik kampung duduk ngan mama.. mesti best + seronok + gumbira... Selama 32 tahun hidup aku dikelilingi oleh keluarga.. adik beradik.. anak2 buah... kini kena hidup berdikari.. hidup sendiri... belom pun sampai sehari aku dah terasa sunyi.. dah tersa rindu pada anak2 buah.. aduhai.. berapa lama la aku boleh bertahan.. insyallah aku boleh.. hehhehe...<--- ayat untuk menyedapkan hati sendiri...


ok la got to go.. time to go home... adakah home sweet home.. aku tak pasti lagi.. sbb belom pon sampai sehari aku menyewa kat situ.. semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah... Bila sendiri nie.. teringta kata2 terakhir Arwah Papa "Hidup baik-baik"...


bye u oll's.. jumpa lagi...

Saturday, November 26, 2011

Salam Tahun Baru Awal Muharram...

Asslamualaikum...


Selamat Tahun Baru buat semua bloger2 dan juga kepasa semua yg sudi singgah di rumah usang tie ni...
Semoga dengan kehadiran Tahun Baru ini akan memberikan kita lebih cahaya keimanan dan ketakwaan... semoga dengan kehadiran tahun baru ini juga kita semua akan lebih berusaha untuk memperbaiki diri kita dalam kecintaan kita kepada TUHAN yg satu...


Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Tuesday, November 8, 2011

Happy Birthday.. AMAN + UPI

Assalamualaikum...
Morning.. hope semua bloger2 berada dalam keadaan yg menyenang kan...
Rasa masih belum terlambat Tie nak mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA"
Dan nak mengucapkan "HAPPY BIRTHDAY 4th YEAR" to my lovely nephew 
"MUHAMMAD LUTFIRRAHMAN ADHA & MUHAMMAD LUTFILHADI ADHA.. 
May Allah Bless both of u.. semoga sentiasa bebob + cute + sweet... jgn noty2... love both of u..

Abang.. 
Adik...
Semoga menjadi anak yg soleh dan bijak pandai... membahagiakan kedua org tua... semoga menjadi malaikat kecil yang sentiasa menyenangkan hati....

Sunday, September 11, 2011

Salam Eid Mubarak

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
    Maaf zahir & batin..


Assalamualaikum...


Lama sungguh tidak menjenguk rumah yg satu nie.. bukan setakat bersawang.. segala mcam benda ada.. hahaha..
maaf kan tuan rumah sbb dah lama x cuci rumah dia yg satu nie... Walaupun hari raya.. masih jugak tidak bercuci & berkemas apa2 yg patut... Hai.. nampak gaya nya rumah nie akan dikemas selepas hari raya la ye... ehehehee..


Nak kata sibuk sangat tu x de la juga.. tapi entah macam mana nak cakap.. Tie sendiri x tau.. nak bercerita di sini pun seolah2 kehilangan kosa kata untuk berceloteh.. harap2 selepas nie kosa kata tu bertambah2muncul semula... idea pun kurang...


Entah mengapa sejak 2 menjak nie.. mood membaca makin berkurang.. adakah disebabkan penambahan usia.. eh cam x logik jer..  Tapi mood membeli bukan main lagi rancaknya.. sampai yg pending baca dah semakin bertambah2... hehehhee... Insyallah akan cuba untuk menghabiskan baca novel2 yg pending tu.. dan insyallah juga akan di share kat umah Tie yg satu nie... hope u oll x serik berkunjung ke rumah Tie yg satu nie ye...


Insyallah nnt kita jumpa lagi..


Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum...


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua teman2 dan bloger2...
semoga bulan yang penuh barakah ini dapat dijalankan dengan penuh kesabaran dan ketakwaan..
maaf sekiranya selama ini ada tulisan Tie yang mengguris hati kalian...
Selamat Menjalani Ibadah Puasa... Selamat Bertarawikh...






SELAMAT BERPUASA.. 
SEMOGA KITA MENDAPAT KEBERKATAN DARI - NYA...

Wednesday, June 15, 2011

Salam Sayang... )

Assalamualaikum...

Hope semua bloger2 yang singgah kat blog Tie hari nie sihat2 sentiasa... Dah lama umah nie kena tinggal kan.. so sekarang nie kena la update hari2,..  eheheheh...  ^_^
Dah habis cerita pasal PBAKL.. So  tie nak share plak ngan korang semua pasal buku2 @ novel2 yg telah tie borong...mmg syok kalau g BPAKL pastu beli novel & dapat jumpa ngan penulis novel tu sendiri.. dapat signiture lagi... mmg best la..

Nie diantara Novel yg sempat tie borong.. Jom kita tengok Gambar yg tie mmg ambil tuk share ngan korang... x der niat pun nak bg korang sume jeles... x der.. x mo..x mo... hehhehe :)

Novel : Untukmu Yuna
Novelis : Shahriah Abdullah

Signiture tuk Tie.. Special Lagi

Gift dari Shahriah Abdullah

Novel : Merdu Lirik Kasih
Novelis : Durrah Fatiaha

Novel Sayangku Merajuk..
Novelis : Ayu Emelda

Novel : Aku Yang Menanti
Novelis : Haiza Najwa

Novel : Sutera Bidadari (Hardcover)
Novelis : Ramlee Awang Murshid

Nie yg Paling special..
Signiture RAM

Novel : Wajah Seiras Cinta
Novelis : Salaina Salleh

Novel : Bersaksikan Kejora
Novelis : Erin  Zehana

Novel : Disebalik Wajah
Novelis : Elee Mardiana

Novel : Bukan Kerana Sayang
Novelis : Amiza Anaz

Novel : Kasih Benar Kasih
Novelis : Aleya Aneesa

Signiteru tuk Tie.. sangat Special

Novel : Cinta Yang Kurasa
Novelis : Anis Ayuni

Signiture Dari Anis special utk Tie... :)

Novel2 Alaf21 Yg Tie Beli...

Semua nie menunggu Giliran utk dibaca...

Novel yg Tie borong di PBAKL 2011

Bila la nak abis Baca nie....  ^_^

Sebanyak mana buku...
Banayk tu juga la Bil @ resit nya..

Novel yg menanti utk dibaca....

Wah banayak sungguh novel yang menunggu utk dibaca.... yang sedia ada nie pun x abis baca lagi... novel2 baru dah keluar di pasaran.. bila novel baru ada.. itu bermakna... kena beli lagi.. berjadi bertambah la koleksi @ senarai buku yg menunggu untuk dibaca... hehehhe... semoga tie diberi mood membaca yang berpanjangan... ^_^
Ok la to All peminat2 @ pecinta2 @ penggemar2 novel... Selamat Membaca... 
insyallah nnt Tie cerita pasal novel pulak ye...
jumpa lagi...

Thursday, April 21, 2011

PESTA BUKU DATANG LAGI !!!!!!

Assalamualaikum...
Harap semua bloger2 sihat2 hendaknya...
Lama sungguh x menjengah rumah ku ini... bah bersayang & berhabuk pun...
Sorry la kat semua ysang menjengah umah tie nie tapi x der apa pun... bukan apa bz sikit... hehehhe.. buku2 yang menanti untuk di review pun dah banyak,.... insyaallah... akan di review juga... tapi nanti2 la...

Hari nie tie nak bercerita tantang pesta buku ( PBAKL).. pesta sudah datang lagi... Jumaat nie 22 / 4 / 2011..
wow.. lagi 2 hari... bila tiba PBAKL nie... ramai la pengemar2, peminat2, dan juga yang obses ngan buka pening kepala... Mana tak nya.. dalam kepala dah teringat2 nak beli buku apa??? discount banyak mana???? booth mana nak gi dulu.. nak dapatkan signiture novelis mana.. aduh... boleh dikatakan seminggu sebelom bookfair dah buat list yang panjang berjela2... Yang x boleh tdo pun ada jugak....

Nak pula.. dekat2 ngan bookfaor nie.. publisher duk sibuk publish novel2 baru terbitan mereka... bertambah2 lagi la list untuk dibeli...... hehehe.. tapi ianya sesuatu yang seronok... sangat seronok...
So kepada sesiapa yang nak Pergi PBAKL nanti.. jgn lupa.. sediakan duit banyak2.. beg yg besar2.. senang nak isi buku...
Dan yang paling penting jaga handbeg,wallet dan segala macam barang2 anda jgn sampai di curi orang... berhati2...Kalau boleh jangan la pakai Kasut tumit tinggi (utk Perempuan ye)... pakai kasut @ sandle yang selesa... supaya senang nak berjalan dan tawaf satu PWTC...

Selamat membeli belah.... semoga enjoy..... di PBAKL.....
Jumpa disana......


Thursday, March 10, 2011

1st Gathering Kelab Kaki Novel 27/02/2011 ( Part 2 )

Assalamualikum....

Nak sambung pasal perjumpaan Kelab Kn... bukan apa2 pun cuma nak bercerita tentang novel Kaki Novel keluaran bulan 3.. Novel Seandainya & Novel Pelukan Cinta.. Yang paling syoknya.. u all nak tau apa????...
Setiap ahli Kelab Kn yang datang perjumpaan petang tu dapat dua buah novel nie secara PERCUMA..... Thanks KAKI NOVEL. .. lain kali bagi lagi ye.... Jom kita tengok gambar yg sempat di ambil... :)

Novel Bulan 3..
terbitan Kaki Novel

Signiture dari penulis :
Rus Areesa

Signiture dari penulis :
Amisha Dania.

So u all yang x dapat datang pada hari tu.. jangan jeles2 ye...
Ok la.. sampai sini dulu ye.... jumpa lagi...


Sunday, March 6, 2011

1st Gathering Kelab Kaki Novel 27/02/2011

Assalamualaikum....

Sudah lama x update blog.. maaf ye, kepada semua yang melawat tapi tiada entri baru...
so hari nie nak update sikit...
Nie nak cerita pasal first gathering Kelab Kaki Novel... maklum la Tie mmg suka baca novel.. so Tie join Kelab nie... First gahtering kelab KN nie diadakan kat Taman Tasik Titiwangsa... meriah sesangat.. warna Tema tuk petang tu warna Biru..
Bukan itu jer,... Perjumpaan nie juga tuk melantik AJK tuk kelab nie... tengok gambar... mana yang sempat di ambil...

Naik Train kat Bikit Jalil..
Train dah sampai... naik dulu ek...

Rys Areesa
Amisha Dania

Staff Kaki Novel yg best
Air pancut... :)
Time to go Home

Kak Adilla Tasha & Rys Areesa
En.Muzri : Org Kuat Penulisan2U..
  
Beratur Nak dapatkan Signiture

  
  Taman Tasik Titiwangsa     
Aku & Kak Amisha Dania
Opss.. Lupa nak Bg tau.. Tie dapat 2 buah Novel Free dari Kn.. Novel bulan 3.. Tq KN... Nnt Tie sambung pasal 2 buah buku tu ye... 
Ok lah... jumpa lagi ye...