Showing posts with label Novel kaki Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel kaki Novel. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

21hb Februari 2013

Assalamualaikum...

Tahun 2013 sudah hampir ke penghujung bulan februari...
namun belom ada new n3 pun kat blog.. kikikiki... sungguh tiada kerajinan nak berbloging sekarang nie.. dgn masa yg tak terurus... dan juga dgn masalah2 sekeliling...
lama x review pasal novel2 yg dah dibaca dan novel2 baru yg terdapat dipasaran sekarang... mini2 novel & novel2 yg penulis terbit sendiri... insyallah akan dicari juga masa untuk Review novel2 yg dah dibaca...

Jom kita tengok novel baru yg terdapat dipasaran sekarang... untuk bln 1 & 2 tahun 2013...

PuBliSHer KaKi NoVeL. 

NOVEL KAKI NOVEL BULAN JANUARY....
 
AnDaiNya BuKan UntUku 
CiNta ItU MiLikKu 
LeLaki VerSi DiA
       













NOVEL KAKI NOVEL BULAN FEBRUARI

BuKaN BisIkaN 
KaSiHkU YanG SaTu
KhiLAf SeMaLaM













NOVEL KAKI NOVEL BULAN MAC

      
JanGaN MErAJuK SaYanG
     
SeGaLaNyA MuNgKiN 
                                                    












kalau nak buat koleksi novel2 terbitan KN nie boleh Buat tempahan melalui on9 je.. senang dan mudah... kalau register jadi member boleh dapat diskaun RM 4.00 & free Postage... Boleh klik link nie... http://www.kakinovel.com/  HaPPy ShoppIng & HAppY ReaDing...












Thursday, September 15, 2011

AciK LanA ~ AkU BuKaN MiStResS

Assalamualaikum...
Salam 1 Malaysia... Harap semua yg berkunjung ke sini akan sentiasa sihat dan sentiasa berada didalam Lindungan-NYA.. Insyallah..
So just nak share ngan u oll pasal buku terbitan KAKI NOVEL untuk bln september...
kalau nak beli.. boleh beli on9 ngan Kaki Novel.. ada diskaun & yang paling penting.. POSTAGE FREE.. so jom lawat kat sini : KAKI NOVEL

Aku Bukan Mistress - Novel Terkini
Novel : Aku Bukan Mistress
Karya : Acik Lana..
Novel Bln 9 Kaki Novel


Untuk novel nie Tie bagi 4.5 *.. mmg best cerita dia... tahniah utk Acik Lana.. sebuah karya yang bagus...

Kisah Mikail & Mya Arlissa.. 

Mikail yg keciwa kerana tunang nya tela berkahwin dengan ayahnya sendiri.. mempunyai seorang sahabat baik iaitu Adam (nama mmg baik) hehehe... Kerana keciwa dengan bapanya dia membawa diri nya jauh dari keluarga.. hidup sendirian..
Mya Arlissa.. seorang gadis kampung yang malag.. kehilangan kedua org tua dlm kemalangan.. tinggal dengan nenek dan ibu saudara... Mya di fitnah oleh sepupunya dan dijual oleh bapa saudara tiri.. terpaksa berkerja di club... 
Dan disinilah Mikail & Mya bertemu.. Mika telah menebus Mya dari tauke.. (lupa nama dia)... dengan  bayaran yg mahal.. RM 50k... banyak oooo... sah2 la Mika nie mmg kaya.. Bkn saja Kaya.. encem plak tu.. penulis yg cakap tau.. Mya pun ckp Mika nie encam.. so kena la akui.. hehehe :)..
bermula la kehidupan Mya sebagai perempuan simpanan a.k.a maid Mikail..
Dalam masa yg sama mereka sebenarnya telah jatuh cinta.. tapi x masing2 jual mahal la konon... tapi seperti biasa la kan...Hero pasti untuk heroin.. Akhirnya Mikail & Mya Arlissa berkahwin... Mika & ayah dia dah berbaik kerana Mya Arlissa je yg boleh pujuk Mika..

So kepada u oll semua kena la dapatkan novel nie... mmg rugi kalau  u oll semua x baca... Cerita yang sangat best... Selamat membaca kepada semua yg dah membeli novel nie..
Tahniah kepada penulis ACIK LANA (klik kat nama tu tuk ke blog acik).. semoga karya2 seterusnya akan lebih baik dan berkualiti... :)
happy reading to all of u...
jumpa lagi...

Wednesday, September 14, 2011

KuSeRu RiNdU iTu ~ HaNNi RaMsuL

Assalamualikum...

Harap semuanya sihat2 sentiasa.. dah lama x review pasal novel kat bolg nie... sempat separuh jer draf.. pastu dah kehilangan kata2 untuk di coretkan...
Tapi hari nie tie nak cerita pasal novel baru KAKI NOVEL... Novel untuk bulan 9.. kalau u oll nak beli on9.. bleh beli kat sini ye : http://www.kakinovel.com/



Tajuk : KuSeRu RiNdU iTu
Karya : HaNNi RaMsuL

Alhamduillah berjaya juga Tie menghabiskan baca novel nie... sungguh mencabar minda dan perasaan.. hehhee.. bukan apa awal2 bab lagi dah menguji kesabaran... Kecurangan Hisyam kepada Idaya membuatkan hati nie geram sangat... bila baca jer hati dah terdetik.. kurang seorang hero Tie.. kompom Tie x kan jatuh cinta ngan Hisyam cam nie.. rugi2... kalau tidak tambah lagi 1 hero pujaan hati ku... Aduhai... agak Kuciwa..
Tahniah buat kak HANNI RAMSUL.. kerana berjaya mengacau bilaukan hati ku ini...
Benci nya rasa pada Hisyam.. dan menyampah sangat pasa Maisara.. sungguh terbawa2 emosi x suka dan sakit hati nie.. rasanya kalau Maisara tu wujud depan mata Tie.. mungkin Tie dah Cili2 kan dia.. hahahha.. bila rasa marah & x suka tu ada.. mood nak membaca pun hilang... :) tutup dulu buku... dalam pada masa yg sama x sabar nak tau kesudahan cerita nya.. relex la dulu.. reda kan emosi dulu ek.. hahhaha... 
Bukan apa sebenarnya.. mata dah bengkak sbb air mata nie meleleh jer.. dah cam air terjun plak.. huhuhuhuh...
Sambung balik ek... Konon nya dalam hati Hisyam tiada cinta untuk Idaya.. maklum la kena kawen paksa.. sedangkan rasa cinta itu penuh didada Hisyam.. Idayu mmg la cintakan sangat ngan suami dia tu.. cinta yg sesungguhnya... Dapat Tie bayangkan bagaimana perasaan Idayu bila mengetahui kecurangan Hisyam.. aduhai... sungguh menecewakan..sedih..rasa segala yg dilakukan selama ini bagaikan sia-sia.. Isteri mana x cemburu kalau suaminya ada perempuan lain...
Tapi segala nya telah tertulis... Hisyam hanya Milik Idayu.. Perpisahan mengajar Hisyam betapa dia tidak boleh berpisah dgn Idayu.. Betapa dia mencintai Idayu selama perkahwinannya... cuma mata hati tidak dibuka seluas2 nya untuk melihat cintanya kepada Idayu..

"Sudah sampai masanya Abang berikan mawar merah pada Ayu"..
"Kenapa?" soal Idayu sekadar menduga.
"Sebab ada cinta sebanyak bintang di langit itu, sedang bersinar di hati abang".


sweet sangat rasa nya masa nie... hehehhe...

Kebahagiaan milik mereka
Hisyam + Idayu = Syafik, yuna & yuni

Mesti ada yg bertanya pasal maisarah kan??? aduhai.. kalau nak tau pasal maisarah... kena la baca novel nya.. hehhehe.. kalau Tie bg tau semua..x best la.. saja nak bg u oll teruja nak cari novel nie... 
ok la.. rasanya dah banyak sangat Tie bercerita nie... So selamat membaca pada yg belum membaca novel nie.. mmg rugi sangat kalau u oll x baca... Tie bagi 4.5*..

ok la.. jumpa lagi ye... nnt tie review buku lain pulak...

Wednesday, November 10, 2010

Buku Baru Aku Beli....

Salam...

Dah masuk bulan november... aku nak review buku yang aku beli bulan nie sebenarnya... Buku terbitan kaki novel... ada 6 buah aku beli.... 02 November 2010 hari tu sampai... 
heheheh beli buku lagi... buku yang beli sebelum2 nie pn x abis baca lagi.. apa la nak jadi ngan aku nie...Gila buku... kalau dah start baca buku... ibarat dunia terbalik pun aku wat dono...  jer...
So aku upload la gambar novel2 yang aku oder secara online dari KAKI NOVEL.. 
senang gitu... teknologi di hujung jari... hehehhehe
Baru Sampai..
6 Buah semuanya
Novel bulan2 sebelum ini yg dah termiss 


Novel bulan November
Buku Resip nie Free Gift dari KN




















Bukan tu aje ye... Ada lagi buku lain yg aku beli... hahahha.. kopak2 aku bulan nie....
 tapi buku best sikit cara2 nak tulis novel.. 
tapi persoalannya disini berjayakah aku untuk menjadi seorang penulis... 
tak pe... aku baca dulu buku nie... nnt baru aku fikir cam ner nak buat...

 

Saturday, August 28, 2010

Kapal Terbang Kertas :: Karya Hasliza Ismail



Assalamualaikum..
Salam Ramadhan... Salam 1 Malaysia.. Salam Kemerdekaan.. Hari ni dah 18 hari seluruh umat islam berpuasa. Semoga segala amalan kita di sepanjang bulan yang Mulia ini diterima dan semoga segalanya diberkati Allah s.w.t
Lagi beberapa hari kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 53. Tema hari Kebangsaan tahun ini
 " 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI".... Semoga kita semua menghayati erti kemerdekaan yg kita kecapi selama ini...

Hari nie Tie nak review novel Kapal Terbang Kertas... Cerita nie menarik sangat, seronok baca cerita ni... 

Kisah Suriani yang telah kehilangan kedua ibu bapa, dalam usia yang masih muda. Suria dijaga oleh ibu saudaranya. Seoang gadis yang pintar dalam pelajaran, tapi sayang tiada peluang untuk melanjutkan pelajaran kerana ibu saudaranya tidak membenarkanya dengan alasan faktor kewangan ynag tidak mencukupi. Suria juga bercita-cita untuk menjadi TUDM sebab nak "terbang bebas" tetapi tidak berkesampaian.

Suria terpaksa melarikan diri dari kampung kerana ibu saudaranya ingin mengahwini nya dengan lelaki tua.Denagn harapan boleh menumpang senang dari lelaki itu. 
Melarika diri ke KL dan berjumpa dengan Ian Emaran. Ian telah menolong Suria apabila Suria diganggu oleh 2 org samseng. Menumpang di rumah kawan sekampung dan mencari pekerjaan. Dan akhirnya berkerja di pejabat Ian Emran.

Ian telah jatuh cinta pada Suria...
Mahdi sahabat Suria kembali mencari suria dan ingin membawa Suria terbang seperti yng telah dijanjikan kepada Suria beberapa tahun yg lalu.Tetapi Suria telah memilih untuk bersama Ian Emran..




"Angin Bawa Aku Terbang Jauh dari Kedukaan Ini"




" Emmmm.... Cuba awak buat kapal Terbang Kertas dan lancarkan ke udara. Tentu awak ingin tahu samada kalap terbang kertas yang awak buat itu mampu terbang setinggi mana dan kemana jatuhnya. Kalau bernasib baik, angin yang akan menolongnya untuk terbang lebih tinggi lagi. Satu permainan yang membosankan tapi awak masih terus ingin bermain dengannya. begitulah juga dengan kehidupan kita, tak seronoklah kalau kita telah tahu apa yang akan berlaku di masa depan.... "

Kepada semua yang belum membaca buku ini rugi tau... cerita yang menarik dan best sangat... Tahniah kpd penulis dengan terhasilnya KAPAL TERBANG KERTAS. Kepada semua Selamat Membaca...
Jumpa lagi di next review...


Sinopsis

Suriani tegar melarikan diri ke Kuala Lumpur demi menyelamatkan masa hadapannya dari musnah di tangan lelaki tua miang yang berharta di kampungnya. Dia rela dirinya hanyut dibawa nasib mengenangkan cita-citanya untuk menjadi tentera udara bersama Mahadi tidak kesampaian.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Nasibnya baik kerana bertemu secara tidak sengaja dengan Ian Emran yang membantunya mendapatkan pekerjaan setelah dia dipecat dari sebuah restoran. Bertugas sebagai pembantu Ian Emran telah menimbulkan perasaan cemburu di dalam hati Marina, sahabat karib Ian Emran yang telah tujuh tahun setia di sisi lelaki itu. Begitu juga dengan beberapa kakitangan wanita lain di pejabat hingga menimbulkan gosip tidak baik ke atas dirinya.

Lantas, Ian Emran yang mula menaruh hati terhadap Suriani segera menyuntingnya sebagai suri di alam rumah tangga. Sepanjang tempoh pertunangan mereka, pelbagai dugaan dan cabaran harus dihadapi kerana Marina yang mendambakan cinta Ian Emran sentiasa menggugat kepercayaan Suriani terhadap Ian Emran.

Tatkala jiwa Suriani berperang sesama sendiri Mahadi muncul kembali, ingin mengotakan janji-janjinya terhadap Suriani untuk membawanya “terbang” bersama.
Suriani tersepit di antara tunangnya, Ian Emran dan kekasih lamanya, Mahadi.

Ke manakah haluan hidup Suriani? Ke manakah kapal terbang kertas akan membawanya terbang.


Tuesday, August 17, 2010

AD + IZ


Assalamualaikum.....

Salam Ramadhan.. hari ke 7 umat islam seluruh dunia berpuasa... Tak terasa puasa tahun nie... sedar tak sedar dah masuk hari ke 7 berpuasa.. Alhamdulillah... Nikmat Allah yang kita tak nampak...
Diharapkan semoga Dapat menjalankan Ibadah Puasa ini dengan sempurna, dengan penuh kesyukuran dan dengan penuh keinsafan..
Hari nie nak review pasal buku AD + IZ... dah lama habis baca buku nie... tapi x sempat nak share kat sini... so hari nie nak share la sikit.. hehehheheh 
AD + IZ... cerita yang menarik... kisah seorang AD.. yang terpaksa hidup susah selepas pemergian bonda tersayang... menumpang kasih keluarga tiri yang langsung tiada kena-mengena @ kaitan dengan diri nya...
Terpaksa bekerja untuk menyara diri sendiri dan keluarga tirinya... Bertemu dengan IZ denagn tak sengaja dan dipaksa berkahwin dengan AD... hurrmm... menarik cerita nie sebenarnya.. Masing2 ada ego yang tinggi tak nak bertolak ansur.... Tapi sudah ketentuan jodoh, pertemuan, ajal, maut ditangan tuhan... sejauh mana kita lari..dia tetap menghampiri... "kalau dalam hati ada cinta"... "kalau dalam hati ada taman".... Pasti tetap bersama... Tahniah kepada penulis novel AD+IZ...

Sinopsis...

Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.

Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.

Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.
Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.

Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.
Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.

Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan.
Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya.

Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang? Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ. 



Monday, August 16, 2010

Salam...
Akhirnya berjaya jua aku menghabiskan membaca novel nie dalam masa sehari... sebelom sahur pagi tadi khatam sudah.. hehehhehehe... cerita yang best... x der la jiwa2 sangat.. sikit2 jer... Kahwin paksa tidak mustahil tak bahagia... 
cuma perlu berusaha+berdoa+bertawakal =pasti akan bahagia...
walaupun Kena Kahwin paksa...

"Agaknya kalau satu masa kita terpisah jauh, awak jangan lupa pandang ke langit. Tengok ada bulan,pasti akan terlerai bila kita memandang ke bulan. Kerana di mana saja kita berada bulan tetap sama..."


Sinopsis...

Nur Syakirin Abdul Majid terpaksa berkahwin dengan jiran hadapan rumahnya di kampung atas desakan abahnya. Ahmad Zaim pula terpaksa akur dengan kehendak orang tuanya yang meminta perkahwinan yang terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir diteruskan dengan berkahwin dengan Kirin.

Namun begitu, kehidupan pasangan ini tidak seperti pasangan pengantin baru kerana Zaim masih tidak dapat melupakan Sofea. Mereka tinggal serumah tetapi tidur berasingan bilik. Kemunculan semula Sofea telah memberi impak sehingga hampir melumpuhkan mahligai yang terbina di antara Zaim dan Syakirin. Kemesraan yang terjalin di antara Sofea dan Zaim menimbulkan rasa curiga di hati Kirin. Keegoan dan keras kepala Zaim dan Syakirin menyebabkan rumah tangga mereka kucar-kacir. Kehadiran Johan dan kemesraan Kirin terhadap Johan membuatkan Kirin seperti dua kali lima sahaja dengan Zaim. Mereka masing-masing hidup dalam keegoan tetapi masih mencintai dan menyanyanyi dalam diam. Walaupun pertengkaran sering kali terjadi, tiada penceraian yang dipinta.

antara ayat yang kelakar, lucu

# "peah ? " . muka zaim sudah blur. Peah mana pula ni? Yang dia tau, Peah tu nama Kucing kat rumah umi. Bila masa pula dia angau dgn kucing kat rumah kampung tu?

#" Bukan aku yang takut bini. Tapi bini aku yang tak takut dengan aku. " laju Zaim memuturkannya.

# Terasa Zaim memandu sangat lambat. Slow giler ! Mengalahkan kura-kura sakit kaki.

# cu...kadang-kadang nilah sebabnya kirin bengang giler dangan Zaim. Dia suka over tau. Kirin merajuk, lari setakat merentas Lebuh Raya Utara Selatan aja tau. Tapi dia punya merajuk, sanggup bawa diri sampai terbang mengharungi Laut China Selatan, tu apahal," kata syakirin masih tersedu-sedu. Air matanya sudah berhenti mengalir.

Sunday, August 15, 2010

CoKe AnD SuNdAe



Assalamualaikum....

Alhamdulillah hari dah masuk hari ke 5 kita berpuasa.... semoga segala amalan kita dibulan yang mulia ini di terima Allah s.w.t.
pagi ini juga susudah bersahur saya menghabiskan membaca buku ini... memang seronok membaca... bahasa yang santai... Jalan cerita yang menarik...
Cuma Mungkin ada sedkit kesilapan pada page 166 & 167... dimana azuan dah bertukar jadi anuar...
" Azuan pergi kedapur, Azyan akan membuntuti dia kedapur.. Azuan ketandas, Azyan tunggu di luar pintu tandas.kebilik air pun sama.Azyan tetap mengekori langkahnya. Naik lemas pun ada. Anuar pulak awal-awal lagi sudah keluar. Ada hal penting. Antara hidup dan mati katanya .Fuh! tu lagi sorang. mengarut betul.
"Yan ni kenapa?"
Akhirnya Azuan buka mulut. itupun setelah tak tahan tengok Azyan tersengih dihadapan televisyen, menghadangnya menonton cerita yang disiarkan. Kacau Daun betul orang nak tengok cerita Kung Fu Panda sambil makan cekodok..
"Abang Nuar.."
Alahai manja nya suara. Azyan duduk disisi Anuar sambil mengurut-urut bahu abang nya itu..."

Yang salahnya ialah... Azyan mengekori abang nya Azuan.. tapi yg dipanggil Abang Nuar.. sedangkan abang Nuar dah keluar... Kesilapan yang kecil tapi masih boleh diterima...
dan seandainya saya yang salah memahami... "maaf kan saya".... Tapi cerita ini memang menaik dan seronok membaca nya....

Terlalu sukar untuk menyatakan persaan cinta pada Azyang menyebabkan Syakir memilih jalan untuk menyakiti hati Azyan.. sedangkan wanita itu lah yang dipuja2..yang disayang2.. Apa yang pasti jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Sejauh mana pun kita lari... ia pasti menghampiri... Tahniah kepada penulis "COKE AND SUNDAE"


Sinopsis...

Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. 
Cuma tak angkat senapang aje.Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae? Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!


Friday, August 13, 2010

Antara Benci & Rindu...

Assalamualaikum....
Selesai sudah membaca buku Antara Benci & Cinta...
Sebuah cerita yang menarik.. jalan cerita yang simple, suspen dan penuh dengan bunga2 cinta... Bak kata adnan sempit " dalam hati ada taman"..  tak rugi baca...

Sinopsis ::

Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran Yusrizal, seorang lelaki yang dirasakan pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran.

Namun siapa dapat menghalang kuasa Allah?

Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu.
Dalam masa yang sama kekasih lamanya, iaitu Daniel datang menagih kembali cintanya.
Tapi tidak mungkin dia akan menerima lelaki itu kembali kerana Daniel sudah bertunang.
Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorang wanita.
Dia sudah merasakan kesakitan, dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai oleh wanita lain.
Dalam usahanya mengelak untuk jatuh cinta dengan Yusrizal, semakin banyak sifat positif yang terserlah pada lelaki itu.
Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dengan kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal.
Apakah Nur Halifah bisa menerima hakikat di hadapan matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya? Antara Benci an Rindu ada jawapannya.