Friday, August 13, 2010

Antara Benci & Rindu...

Assalamualaikum....
Selesai sudah membaca buku Antara Benci & Cinta...
Sebuah cerita yang menarik.. jalan cerita yang simple, suspen dan penuh dengan bunga2 cinta... Bak kata adnan sempit " dalam hati ada taman"..  tak rugi baca...

Sinopsis ::

Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran Yusrizal, seorang lelaki yang dirasakan pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran.

Namun siapa dapat menghalang kuasa Allah?

Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu.
Dalam masa yang sama kekasih lamanya, iaitu Daniel datang menagih kembali cintanya.
Tapi tidak mungkin dia akan menerima lelaki itu kembali kerana Daniel sudah bertunang.
Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorang wanita.
Dia sudah merasakan kesakitan, dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai oleh wanita lain.
Dalam usahanya mengelak untuk jatuh cinta dengan Yusrizal, semakin banyak sifat positif yang terserlah pada lelaki itu.
Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dengan kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal.
Apakah Nur Halifah bisa menerima hakikat di hadapan matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya? Antara Benci an Rindu ada jawapannya.