Sunday, August 15, 2010

CoKe AnD SuNdAe



Assalamualaikum....

Alhamdulillah hari dah masuk hari ke 5 kita berpuasa.... semoga segala amalan kita dibulan yang mulia ini di terima Allah s.w.t.
pagi ini juga susudah bersahur saya menghabiskan membaca buku ini... memang seronok membaca... bahasa yang santai... Jalan cerita yang menarik...
Cuma Mungkin ada sedkit kesilapan pada page 166 & 167... dimana azuan dah bertukar jadi anuar...
" Azuan pergi kedapur, Azyan akan membuntuti dia kedapur.. Azuan ketandas, Azyan tunggu di luar pintu tandas.kebilik air pun sama.Azyan tetap mengekori langkahnya. Naik lemas pun ada. Anuar pulak awal-awal lagi sudah keluar. Ada hal penting. Antara hidup dan mati katanya .Fuh! tu lagi sorang. mengarut betul.
"Yan ni kenapa?"
Akhirnya Azuan buka mulut. itupun setelah tak tahan tengok Azyan tersengih dihadapan televisyen, menghadangnya menonton cerita yang disiarkan. Kacau Daun betul orang nak tengok cerita Kung Fu Panda sambil makan cekodok..
"Abang Nuar.."
Alahai manja nya suara. Azyan duduk disisi Anuar sambil mengurut-urut bahu abang nya itu..."

Yang salahnya ialah... Azyan mengekori abang nya Azuan.. tapi yg dipanggil Abang Nuar.. sedangkan abang Nuar dah keluar... Kesilapan yang kecil tapi masih boleh diterima...
dan seandainya saya yang salah memahami... "maaf kan saya".... Tapi cerita ini memang menaik dan seronok membaca nya....

Terlalu sukar untuk menyatakan persaan cinta pada Azyang menyebabkan Syakir memilih jalan untuk menyakiti hati Azyan.. sedangkan wanita itu lah yang dipuja2..yang disayang2.. Apa yang pasti jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Sejauh mana pun kita lari... ia pasti menghampiri... Tahniah kepada penulis "COKE AND SUNDAE"


Sinopsis...

Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. 
Cuma tak angkat senapang aje.Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae? Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!