Saturday, November 26, 2011

Salam Tahun Baru Awal Muharram...

Asslamualaikum...


Selamat Tahun Baru buat semua bloger2 dan juga kepasa semua yg sudi singgah di rumah usang tie ni...
Semoga dengan kehadiran Tahun Baru ini akan memberikan kita lebih cahaya keimanan dan ketakwaan... semoga dengan kehadiran tahun baru ini juga kita semua akan lebih berusaha untuk memperbaiki diri kita dalam kecintaan kita kepada TUHAN yg satu...


Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Sunday, November 13, 2011

ASST.. Jom Review

Assalamualaikum...


Salam sayang buat semua bloger2 yg singgah dan bloger2 yg jengah umah usang tie nie... Jarang sangat nak update.. bukan x der cerita.. bukan x der novel nak review.. tapi cuma x der masa... aduhai.. nak buatcam ner.. masa seolah2 mencemburui tie.. heheheh.. (ayat propa je lebih..)
ASST.. fenomena baru dalam dunia penerbitan di malaysia... Bila cakap pasal ASST.. pasti terus terlintas di fikiran watak utamanya.. HILMAN YONG & PUTERI INTN ZULAIKHA... Tie juga tergolong dari kalian2 semua...
Membaca ASST dimulakan dengan Bismillah... dan di sudahi dengan Alhamdulillha... Syukur.. kerana Kasih Sayang yang ingin penulis sampaikan dapat Tie terima dengan sangat baik... Sebuah karya yg lain dari yg lain...
Pasti tersenyum setelah membaca naskah dari kak MELUR JELITA nie... tahniah buat kak Melur kerana menghasilkan sebuah naskah yg sangat baik.. dan sangat penuh dan padat dengan kasih sayang dan juga pengajaran...
Kepada yg masih baca novel tu.. jom layan lagu Hilman & Intan nie...


Sedetik Lebih ~ Anuar Zain


Terus terang tie katakan.. apa awal nya tie kurang mengikut blog kak Melur Jelita nie.. Tapi bila member2 kat FB kata ada e-novel yg sangat best.. mula2 terfikir jugak.. ye ke best...  so nak kompom kan best ke x.. tie pun menjadi salah satu daripada mereka yg membaca e novel Kak Melur Jelita,.. tapi sekejep je... dah kena blok.. ini kerana pihak Karyaseni nak terbitkan novel nie..kuciwa gak la sikit.. sbb x sempat nak baca... pastu En.Muzri. post kat  Pu2.. aduhai.. nie yg malas nie.. nak kena tunggu 1 minggu 1 bab.. lama oooo... akhirnya Pihak Karyaseni kata akan di terbitkan tahun nie juga.. wah dah lega dah bila dengar cam tu... ternyata apa yg  member2 FB bg tau tu betul.. e-novel nie mmg best...Rasa menyesal pulak sbb lambat baca kat Blog kak Melur.. hehhehe.. sorry kak.... tapi sekarang nie suka sangat sbb buku dah ada di tangan... hehehhe


so bila first time novel sampai depan umah.. (lambat sikit dapat sbb ada masalah teknikal yg x dapat nak di elakkan).. teruja dan x sabar2 nak baca novel nie.. keran sudah terbayang2 pada Hilman Yong..
Encem nya.. maklumla Chinese look... "Haiya.. ini apek bikin gua susah hati... hali2 lindu sama ini apek"..


betapa beratnya dugaan dan ujian yang harus Hilman terima demi untuk mendapatkan cinta hati nya Puteri Intan Zulaikha.. Kasih sayang yang berlandaskan Islam dan tidak sedikit pun tercemar oleh anasir luar yg boleh merosakkan kasih sayang mereka...


Betapa sabarnya Hilman menunggu Intan... pelbagai rintangan yg terpaksa mereka tempuhi...
"Awak Suka Saya Tak??".. kalau Hilman yg bertanya pada Tie... sudah pasti tanpa berfikir panjang tie akan jawab "Saya Suka Awak..." hehehe... Tie pasti ramai pembaca yg dah jatuh cinta, jatuh hati dengan Hilman Yong... tapi cinta Hilman hanya untuk Intan.


Setelah dua tahun terpisah.. akhirnya takdir menemukan mereka kembali... di bumi TERENGGANU... Hilman membawa hati nya kesini... Tapi Intan pergi kerana tugas... Semua telah tertulis.. mereka bertemu kembali... aduhai.. sweet nya...
Berjumpa.. bercinta semula.. hampir melangsungkan perkahwinan.. tapi tragedi berlaku.. Hilman Hilang ingtan.. tuhan menguji kesabaran Intan Zulaikha... Ahlamdulillah.. penantian dan kesabaran Intan sanagt berbaloi kerana Hilman kembali kepada Intan Zulaikha.. betapa suci & tulis percintaan mereka


"I will love her forever and ever. i will love you, Puteri Intan Zulaikha. Love you more than your parents do, Love you more than your brother dose and I will love you more than you love yourself. And I swear this is true. Please.... terima pinangan saya ini.."


"Kata-kata indah inilah yang memikat hati saya... barulah saya perasan inilah satu-satu cara awak memikat saya...menyuburkan jiwa dengan penuh kasih sayang dan cinta yang tulus dari hati seorang Hilman, kasihku. Dan ia akan berdenyut tak lama lagi.."


Betulkan!
2 minggu memikat
2 minggu bertunang
2 minggu amnesia
3 hri beriktikaf
3 hari kembali mencari cinta Intan Zulaikha
sehari semalan di Hong Kong
1 hari akad nikan dan jatuh kolam..


Sungguh menarik kisah percintaan antara Hilman Yong & Intan Zulaikha... sweet je... Berada dalam Kasih Sayang Hilman & Intan Zulaikha.. boleh membuai perasaan...


Tahinah kepada penulis novel ini.. kak Melur Jelita.. semoga kasih Sayang yang ingin akak berikan ini sampai kepada semua... tahniah kerana menghasilkan sebuah novel yang sangat menarik.. terlalu banyak yang ingin tie ceritakan... tapi cukuplah sampai di sini.. kerana para Jelitawan's & Mr.Jelitawan's harus membaca dan mersai kasih sayang itu dengan sendiri... semoga semuanya berada dalam kasih Sayang Allah s.w.t...
Terima kasih Kak Melur Jelita.. semoga kak akan sentiasa mengkasilkan karya-karya yg penuh dengan kasih sayang dan pengajaran untu semua...


Terima kasih sayang ASST... insyallah.. Amin..
 

Tuesday, November 8, 2011

Happy Birthday.. AMAN + UPI

Assalamualaikum...
Morning.. hope semua bloger2 berada dalam keadaan yg menyenang kan...
Rasa masih belum terlambat Tie nak mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA"
Dan nak mengucapkan "HAPPY BIRTHDAY 4th YEAR" to my lovely nephew 
"MUHAMMAD LUTFIRRAHMAN ADHA & MUHAMMAD LUTFILHADI ADHA.. 
May Allah Bless both of u.. semoga sentiasa bebob + cute + sweet... jgn noty2... love both of u..

Abang.. 
Adik...
Semoga menjadi anak yg soleh dan bijak pandai... membahagiakan kedua org tua... semoga menjadi malaikat kecil yang sentiasa menyenangkan hati....