Showing posts with label Novel Alaf21. Show all posts
Showing posts with label Novel Alaf21. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

HaTi KaLa CinTa

Assalamaualaikum...


Salam Tahun baru 2012.. Salam Tahun Baru Cina.. hehehhe.. lama sungguh umah nie x der penghuni... susah nak cakap... tuan rumah Bz sikit.. + tiada idea nak berceloteh.. heheheh. hope korang semua sihat2 sentiasa...
Hari nie nak bercerita pasal novel yg kat bawah nie.. hope korang semua x bosan berkunjung ke sini...


"HATI KALA CINTA" Novel keEmpat "HANI FAZUHA"...

tadaaaa..... nie cover novel nya... Chomel kan??

Novel nie dah berada di pasaran pada bulan 11 last year.. x der la lama mana sangat.. sbb masih lagi ramai yang mencari novel nie.. kepada korang yg x jumpa novel nie kat kedai2 buku.. korang boleh la order dengan novelis dia terus... Boleh dapat Signiture novelis Hani Fazuha...

Bercerita pasal novel nie... aduhai.. smeua rasa ada.. SUKA, MARAH, BENCI, SAYANG.. dan paling best rasa JATUH CINTA.. wah.. bunyi macam best kan?? tapi mmg best pun.. pada korang2 yang belum baca novel nie.. mmg rugi sesangat...
bila korang rasa apa yg Tie rasa.. macam kat atas tu.. korang akan kata.. "Kak Hani.. eeee... Geramnya".. "Kak Hani kenapa Zhaf cam tu.." "eee.. sengal nya Zhaf tu".. hehehhee
dan ada masa2 nya korang rasa cam nak pijak2 hero dlm novel nie.. tapi apa yg pasti.. korang akan bertambah2 jatuh Ccinta ngan hero nya...

TAHNIAH buat KAK HANI FAZUHA.. 
sebuah naskah yang sangat menarik dan sangat bagus...
Jujur dari hati Sangat2 menyukai Semua Karya KAK HANI FAZUHA.

1) MENGUKIR BAHAGIA
2) BEBUNGA KASIH
3) HARGA SEBUAH CINTA
4) HATI KALA CINTA

So untuk merasai apa yg tie rasa masa baca novel nie??? jadi korang pun kena la baca novel nie.. mmg x akan rugi kalau korang semua baca... tapi korang akan RUGI sesangat Kalau korang x baca novel nie..
DAN yg paling best.. novel nie ada sambungan nya...
hehehehehhe...
Tapi MAAF ye.. hero tu TIE yang punya tau.. jgn nak amik2 pulak ek..
hehehehe
kalau korang nak baca sambungan HKC yg diberi tajuk CDH sila la lawat 
Blog kak HANI FAZUHA (Klik je kat Sini) 

ok la.. tie pun dah habis idea nak menulis... 
so jumpa lagi lain kali.. selamat membaca HKC..
Kalau korang dah baca.. nnt share kome korang nagn tie ye..
bye u oll's..
selamat membaca..
To my Lovely kak Hani Fazuha... Sorry lambat review novel akak nie... :)



Saturday, August 28, 2010

Spanar Rindu Skru...



Assalamualaikum...

Nak review novel keluaran Alaf21.. Novel bonus untuk bulan Jun.. Sebenarnya buku nie dah lama habis dibaca... tatapi belum sempat nak review.. so hari nie nak review la buku nie...
Spanar Rindu Skru... Dari tajuk je dah unik, lain dari yg lain.. tapi masih lagi berkisarkan Cerita cinta.. 
Kisah dua darjat.. Yg miskin dan yg kaya... kerana dendam anak2 menjadi mangsa. Sebuah cerita yang mengusik jiwa... dan bisa mengalirkan air mata yang bukan sedikit... 

Reen & Amin.. membesar dalam suasana kampung... Reen di besarkan oleh Datuk dan Neneknya.. Manakala Amin menumpang dirumah makciknya setelah ahli keluarganya meninggal dunia dalam kebakaran. 
Persahabatan Antara Reen & Amin dihalang oleh bapa Reen.. Kerana berdendam dengan bapa Amin, Dato' Yussof telah melarang dan memisahkan Reen & Amin... Reen telah dihantar ke luar Negara untuk sambung belajar, manakala Amin telah berhijrah kebandar untuk mencari kehidupan yang lebih baik..

7 tahun Reen di Jerman, manakala Amin berada di Jepun Bekerja sambil belajar... Mereka bekerja di Syarikat yang sama, Reen di HQ, manakala Amin di Branch di Bangsar. Tetapi mereka tidak mengetahui dan tidak pernah berjumpa. Tanpa mereka sedari sebenarnya mereka sering berchatting bersama. mereka menggunakan nama samaran "SKRU" & "SPANAR".

Tanpa sengaja mereka bertemu apabila Reen terpaksa menyelesaikan masaalah berkaitan aduan pelanggan dan harus bertemu dengan pengurus bahagian servis branch dimana tempat Amin bekerja. Pertemuan yang tidak terduga itu membuat Reen menaruh harapan terhadap Amin.. Amin tidak mengetahui yang sebenarnya Reen telah bertunang dengan Razin.

Dato' Yussof mendapat tahu yang Reen & Amin masih berhubung lalu menentang hubungan mereka sekerasnya... Dato mempercepatkan lagi majlis pernikahan Reen & Razin.. Reen nekad melarikan diri dan ingin mengikut Amin untuk menyambung belajar diluar Negara. Tindakan Reen itu mengejutkan semua orang terutama sekali Dato' Yussof. Amin menjadi serbasalah dan menangguhkan pemergian ke luar negara dan membawa Reen pulang kerumahnya. 

Dato Yussof mencari Reen dirumah Amin dan telah mengamuk terhadap Amin... Dato Yussof bertindak memukul Reen & Amin... Reen cuba menghalang ayahnya dari memukul Amin..tetapi tidak diperdulikan oleh ayah nya... tanpa disedari Dato'Yussof telah menolah Reen dan menyebabkan Reen terjatuh dan Reen telah dihempap almari dan menyebabkan kecederaan yang teruk.. Reen telah lumpuh selain dari itu juga doktor telah memberitahu bahawa Reen mengalami pendarahan di kepalanya..... Dato' Yussof  menyalahkan dirinya atas kecederaan yang telah berlaku kepada Reen.. Disebabkan kecederaan yang teruk & lumpuh Reen menjadi hilang semangat bersama hilangnya Amin... Di sebabkan kejadian itu Amin telah pergi keluar Negara untuk menyambung pelajaranya...

Dato' Yussof menyedai kesilapannya dan telah ke luar negara untuk memohon maaf terhadap Amin dan meminta Amin memujuk Reen untuk melakukan rawatan... Disebabkan kecederaan ren itu jua razin telah memutuskan pertunangan  antara mereka. Amin pulang menemui Reen dan berusaha memujuk Reen untuk menjalankan rawatan tetapi Reen enggan kerana berasa rendah diri dan malu pada orang sekeliling.

Amin telah melamar Reen untuk mejadi suri hidupnya. Pada malam hari pernikahan mereka Amin berkelakuan agak pelik dan menimbulkan tandatanya pada Reen.

"Reen dah jadi milik Amin dunai dan akhirat"....
"Reen serahkan jiwa dan nyawa Reen pada amin. juga dunia akhirat"...

Amin meminta diri untuk pulang kerana keesokan harinya majlis persandingan akan berlangsung.. sebelum pulang Reen telah meminta Amin menghantarkan nya ke dibiliknya di tingkat atas. Malang tidak berbau dalam perjalan pulang kerumah kenderaan Amin telah terlibat dengan kemalangan dan Amin telah meniggal dunia. Reen yang mendapat khabar berkenaan telah meluru ketangga dan telah terjatuh... Dalam perjalan kehospital Reen Juga telah meninggal dunia.

Kisah yang amat memilukan hati.. betapa sucinya sebuah cinta... dan juga perjalanan setian insan itu telah ditentuka oleh Allah s.w.t. Walaupun sekadar cerita ianya amat menginsafkan kita. "bercinta dan berjanji untuk sehidup semati " dan janji mereka tertunai... hari yang sepatutnya untuk bergembira meraikan perkahwinan telah bertukar menjadi hari yang paling menyedihkan dan hari pengkebumian mereka..

Kepada mereka yang masih belum membaca dan memiliki buku ini... anda adalah insan2 yang rugi... kerana novel ini merupakan sebuah novel yang sangat menarik untuk dibaca dan dikongsikan bersama. tahniah kepada penulis buku ini EMMA MAIZURA telah menghasilkan sebuah cerita yang sangat menarik dan belum pernah ada lagi mana2 ending sesebuah cerita berakhir dengan kematian yang paling tragik.da menyedihkan..
To u all... selamat membaca.... dan menhayati cerita " SPANAR RINDU SKRU".....


" Pejamkan Matamu Kala Rindu, Pasti Kau Rasa Hati Kita Bersatu "


" Amin Harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keihklasan supaya bercambah benih kasih sayang. Amin doakan kejayaan Reen."

Sinopsis

PERTEMUAN tanpa diduga di alam maya membuatkan hubungan Minah Spanar dan Mat Skru bertambah erat. Sehari tidak berchatting terasa dunia seakan tidak ceria walaupun mereka tidak pernah bersua muka. Spanar sering berkongsi rasa dan cerita dengan Skru tanpa sebarang curiga. Skru yang bertindak sebagai pendengar dan penasihat membuatkan jiwa Spanar sentiasa tenang. Setiap kali dilanda rindu, kepada Skru, dia meluahkan semuanya.

Sikap Skru membuatkan Spanar mengingati Amin, lelaki yang dikenalinya tujuh tahun yang lalu. Dia pernah ada rasa sayang pada Amin, namun mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan taraf. Akhirnya, Amin pergi akibat rasa terhina. Dan selama itu jugalah, dia menjadi penunggu yang cukup setia. Sesungguhnya, perpisahan itu amat menyakitkan. Alangkah indahnya jika selepas perpisahan, wujudnya pertemuan. Pasti tiada insan yang merana dan tiada jiwa yang menderita. Dia ingat lagi pesan Amin;

“Amin harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keikhlasan supaya bercambah benih kasih dan sayang. Amin doakan kejayaan Reen. Ada jodoh kita akan bertemu kembali…” 

Monday, August 23, 2010

JAUH KAU PERGI


Assalamualaikum....
Salam Ramadhan... hari nie dah hari ke 13 umat islam berpuasa... Semoga segala yg kita lakukan akan diterima Allah s.w.t. 

Hari nie nak review Jauh Kau Pergi.... Baru jer selesai membacanya semalam...
Ternyata Buah tangan Ke 4 Dhiya Zafira, tidak mengecewakan... Cerita yang menarik... sama seperti novel2 beliau yang sebelum nya. 
Kali ini berkisar kan cerita tentang Komando @ Grup Gerak Khas.. Saya percaya ramai yg kurang pasti apa tugas komando sebenarnya... So sapa2 nak tau kena la baca novel JKP ini... sedikit sebanyak kita dapat tau apa tugas mereka...
Pada awal2 bab sudah mengundang air mata..bukan sedikit2 boleh kata tahap banjir la bila baca awal2 bab JKP. hehehee... mungkin saya yg terlebih emosi... :)
Kisah Seorang Afikah Najwa yang kehilangan hampir keseluruhan ahli keluarganya... Ibu, ayah & abang..
Hidupnya tersisih dari datuk & nenek hanya kerana mereka marahkan ayah afi kerana berkahwin dengan ibu afi yang berlainan bangsa.
Disaat Afi merasa kehilangang sahabat2 abang nya hadir... Lukman,Hakim,Helmi & Haiyan Rifqi...
Rif ditugaskan untuk menjaga Afi... Demi menjaga keselamatan Afi.. Rif & Afi berkahwin atas dasar tanggungjawab... Afi jatuh cinta dengan suaminya... tapi Rif masih dibayangi kisah silam.. dimana tunang nya mati dihadapan mata.. Rif meletakkan kesalahan itu pada dirinya... 
Jimmy yang disangkan mati rupa2nya masih hidup tetepi telah hilang ingatan.... dan dia sebenarnya telah ditugaskan untuk membunuh Afi adiknya sendiri...
Yang pastinya Rif akan mempertaruhkan nyawa nya untuk memastikan keselamatan Afi terjamin...
Cinta pasti hadir... Rif sebenarnya telah lama mencintai Afi... 
Jauh Kau Pergi Sebuah cerita yang sangat menarik untuk dibaca... kisah kekeluargaan, kasih sayang, pengorbanan semuanya ada... Sesuai dibaca dalam bulan kemerdekaan ini... semangat patriotik...
Tahniah Buat Dhiya Zafir dengan buah tangan yang sangat menarik...
Sejauh mana pun Kau Pergi.. aku pasti menghampiri.... Kepada semua yg belum baca.. sila lah dapatkan dan baca lah... x rugi memiliki dan membacanya...
Ternyata bukan sahaja Afi, tapi saya telah jatuh cinta dengan Haiyan Rifqi... hehhehehe.... Betapa hebatnya Haiyan Rifqi...

JAUH KAU PERGI
"Daerah Paling Sepi Di Dunia Adalah Hati Tanpa Cinta "


Sinopsis

Aku tidak pernah memilih dia sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih dari yang sepatutnya. Sesungguhnya dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat. Namun sesuatu berlaku, menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih dari segalanya. Tetapi dia, ternyata bukan untukku. Aku bukan pilihan dia! Tetapi...menyerah kepada takdir itu bukannya bererti menyerah kalah, kerana manusia ditakdirkan untuk menang, bukan?

Rif ~ Muliakah hubungan yang dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yang tercemar keraguan? Untuk dia...aku sanggup hadapi segala-galanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya untuk dia...aku reda. Ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya serba tidak kena?

Afi ~ Aku tidak mampu bersaing dengan masa silam, untuk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi....namun aku tetap setia menanti...