Saturday, August 28, 2010

Spanar Rindu Skru...



Assalamualaikum...

Nak review novel keluaran Alaf21.. Novel bonus untuk bulan Jun.. Sebenarnya buku nie dah lama habis dibaca... tatapi belum sempat nak review.. so hari nie nak review la buku nie...
Spanar Rindu Skru... Dari tajuk je dah unik, lain dari yg lain.. tapi masih lagi berkisarkan Cerita cinta.. 
Kisah dua darjat.. Yg miskin dan yg kaya... kerana dendam anak2 menjadi mangsa. Sebuah cerita yang mengusik jiwa... dan bisa mengalirkan air mata yang bukan sedikit... 

Reen & Amin.. membesar dalam suasana kampung... Reen di besarkan oleh Datuk dan Neneknya.. Manakala Amin menumpang dirumah makciknya setelah ahli keluarganya meninggal dunia dalam kebakaran. 
Persahabatan Antara Reen & Amin dihalang oleh bapa Reen.. Kerana berdendam dengan bapa Amin, Dato' Yussof telah melarang dan memisahkan Reen & Amin... Reen telah dihantar ke luar Negara untuk sambung belajar, manakala Amin telah berhijrah kebandar untuk mencari kehidupan yang lebih baik..

7 tahun Reen di Jerman, manakala Amin berada di Jepun Bekerja sambil belajar... Mereka bekerja di Syarikat yang sama, Reen di HQ, manakala Amin di Branch di Bangsar. Tetapi mereka tidak mengetahui dan tidak pernah berjumpa. Tanpa mereka sedari sebenarnya mereka sering berchatting bersama. mereka menggunakan nama samaran "SKRU" & "SPANAR".

Tanpa sengaja mereka bertemu apabila Reen terpaksa menyelesaikan masaalah berkaitan aduan pelanggan dan harus bertemu dengan pengurus bahagian servis branch dimana tempat Amin bekerja. Pertemuan yang tidak terduga itu membuat Reen menaruh harapan terhadap Amin.. Amin tidak mengetahui yang sebenarnya Reen telah bertunang dengan Razin.

Dato' Yussof mendapat tahu yang Reen & Amin masih berhubung lalu menentang hubungan mereka sekerasnya... Dato mempercepatkan lagi majlis pernikahan Reen & Razin.. Reen nekad melarikan diri dan ingin mengikut Amin untuk menyambung belajar diluar Negara. Tindakan Reen itu mengejutkan semua orang terutama sekali Dato' Yussof. Amin menjadi serbasalah dan menangguhkan pemergian ke luar negara dan membawa Reen pulang kerumahnya. 

Dato Yussof mencari Reen dirumah Amin dan telah mengamuk terhadap Amin... Dato Yussof bertindak memukul Reen & Amin... Reen cuba menghalang ayahnya dari memukul Amin..tetapi tidak diperdulikan oleh ayah nya... tanpa disedari Dato'Yussof telah menolah Reen dan menyebabkan Reen terjatuh dan Reen telah dihempap almari dan menyebabkan kecederaan yang teruk.. Reen telah lumpuh selain dari itu juga doktor telah memberitahu bahawa Reen mengalami pendarahan di kepalanya..... Dato' Yussof  menyalahkan dirinya atas kecederaan yang telah berlaku kepada Reen.. Disebabkan kecederaan yang teruk & lumpuh Reen menjadi hilang semangat bersama hilangnya Amin... Di sebabkan kejadian itu Amin telah pergi keluar Negara untuk menyambung pelajaranya...

Dato' Yussof menyedai kesilapannya dan telah ke luar negara untuk memohon maaf terhadap Amin dan meminta Amin memujuk Reen untuk melakukan rawatan... Disebabkan kecederaan ren itu jua razin telah memutuskan pertunangan  antara mereka. Amin pulang menemui Reen dan berusaha memujuk Reen untuk menjalankan rawatan tetapi Reen enggan kerana berasa rendah diri dan malu pada orang sekeliling.

Amin telah melamar Reen untuk mejadi suri hidupnya. Pada malam hari pernikahan mereka Amin berkelakuan agak pelik dan menimbulkan tandatanya pada Reen.

"Reen dah jadi milik Amin dunai dan akhirat"....
"Reen serahkan jiwa dan nyawa Reen pada amin. juga dunia akhirat"...

Amin meminta diri untuk pulang kerana keesokan harinya majlis persandingan akan berlangsung.. sebelum pulang Reen telah meminta Amin menghantarkan nya ke dibiliknya di tingkat atas. Malang tidak berbau dalam perjalan pulang kerumah kenderaan Amin telah terlibat dengan kemalangan dan Amin telah meniggal dunia. Reen yang mendapat khabar berkenaan telah meluru ketangga dan telah terjatuh... Dalam perjalan kehospital Reen Juga telah meninggal dunia.

Kisah yang amat memilukan hati.. betapa sucinya sebuah cinta... dan juga perjalanan setian insan itu telah ditentuka oleh Allah s.w.t. Walaupun sekadar cerita ianya amat menginsafkan kita. "bercinta dan berjanji untuk sehidup semati " dan janji mereka tertunai... hari yang sepatutnya untuk bergembira meraikan perkahwinan telah bertukar menjadi hari yang paling menyedihkan dan hari pengkebumian mereka..

Kepada mereka yang masih belum membaca dan memiliki buku ini... anda adalah insan2 yang rugi... kerana novel ini merupakan sebuah novel yang sangat menarik untuk dibaca dan dikongsikan bersama. tahniah kepada penulis buku ini EMMA MAIZURA telah menghasilkan sebuah cerita yang sangat menarik dan belum pernah ada lagi mana2 ending sesebuah cerita berakhir dengan kematian yang paling tragik.da menyedihkan..
To u all... selamat membaca.... dan menhayati cerita " SPANAR RINDU SKRU".....


" Pejamkan Matamu Kala Rindu, Pasti Kau Rasa Hati Kita Bersatu "


" Amin Harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keihklasan supaya bercambah benih kasih sayang. Amin doakan kejayaan Reen."

Sinopsis

PERTEMUAN tanpa diduga di alam maya membuatkan hubungan Minah Spanar dan Mat Skru bertambah erat. Sehari tidak berchatting terasa dunia seakan tidak ceria walaupun mereka tidak pernah bersua muka. Spanar sering berkongsi rasa dan cerita dengan Skru tanpa sebarang curiga. Skru yang bertindak sebagai pendengar dan penasihat membuatkan jiwa Spanar sentiasa tenang. Setiap kali dilanda rindu, kepada Skru, dia meluahkan semuanya.

Sikap Skru membuatkan Spanar mengingati Amin, lelaki yang dikenalinya tujuh tahun yang lalu. Dia pernah ada rasa sayang pada Amin, namun mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan taraf. Akhirnya, Amin pergi akibat rasa terhina. Dan selama itu jugalah, dia menjadi penunggu yang cukup setia. Sesungguhnya, perpisahan itu amat menyakitkan. Alangkah indahnya jika selepas perpisahan, wujudnya pertemuan. Pasti tiada insan yang merana dan tiada jiwa yang menderita. Dia ingat lagi pesan Amin;

“Amin harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keikhlasan supaya bercambah benih kasih dan sayang. Amin doakan kejayaan Reen. Ada jodoh kita akan bertemu kembali…” 

No comments: