Saturday, August 28, 2010

Kapal Terbang Kertas :: Karya Hasliza Ismail



Assalamualaikum..
Salam Ramadhan... Salam 1 Malaysia.. Salam Kemerdekaan.. Hari ni dah 18 hari seluruh umat islam berpuasa. Semoga segala amalan kita di sepanjang bulan yang Mulia ini diterima dan semoga segalanya diberkati Allah s.w.t
Lagi beberapa hari kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 53. Tema hari Kebangsaan tahun ini
 " 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI".... Semoga kita semua menghayati erti kemerdekaan yg kita kecapi selama ini...

Hari nie Tie nak review novel Kapal Terbang Kertas... Cerita nie menarik sangat, seronok baca cerita ni... 

Kisah Suriani yang telah kehilangan kedua ibu bapa, dalam usia yang masih muda. Suria dijaga oleh ibu saudaranya. Seoang gadis yang pintar dalam pelajaran, tapi sayang tiada peluang untuk melanjutkan pelajaran kerana ibu saudaranya tidak membenarkanya dengan alasan faktor kewangan ynag tidak mencukupi. Suria juga bercita-cita untuk menjadi TUDM sebab nak "terbang bebas" tetapi tidak berkesampaian.

Suria terpaksa melarikan diri dari kampung kerana ibu saudaranya ingin mengahwini nya dengan lelaki tua.Denagn harapan boleh menumpang senang dari lelaki itu. 
Melarika diri ke KL dan berjumpa dengan Ian Emaran. Ian telah menolong Suria apabila Suria diganggu oleh 2 org samseng. Menumpang di rumah kawan sekampung dan mencari pekerjaan. Dan akhirnya berkerja di pejabat Ian Emran.

Ian telah jatuh cinta pada Suria...
Mahdi sahabat Suria kembali mencari suria dan ingin membawa Suria terbang seperti yng telah dijanjikan kepada Suria beberapa tahun yg lalu.Tetapi Suria telah memilih untuk bersama Ian Emran..




"Angin Bawa Aku Terbang Jauh dari Kedukaan Ini"




" Emmmm.... Cuba awak buat kapal Terbang Kertas dan lancarkan ke udara. Tentu awak ingin tahu samada kalap terbang kertas yang awak buat itu mampu terbang setinggi mana dan kemana jatuhnya. Kalau bernasib baik, angin yang akan menolongnya untuk terbang lebih tinggi lagi. Satu permainan yang membosankan tapi awak masih terus ingin bermain dengannya. begitulah juga dengan kehidupan kita, tak seronoklah kalau kita telah tahu apa yang akan berlaku di masa depan.... "

Kepada semua yang belum membaca buku ini rugi tau... cerita yang menarik dan best sangat... Tahniah kpd penulis dengan terhasilnya KAPAL TERBANG KERTAS. Kepada semua Selamat Membaca...
Jumpa lagi di next review...


Sinopsis

Suriani tegar melarikan diri ke Kuala Lumpur demi menyelamatkan masa hadapannya dari musnah di tangan lelaki tua miang yang berharta di kampungnya. Dia rela dirinya hanyut dibawa nasib mengenangkan cita-citanya untuk menjadi tentera udara bersama Mahadi tidak kesampaian.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Nasibnya baik kerana bertemu secara tidak sengaja dengan Ian Emran yang membantunya mendapatkan pekerjaan setelah dia dipecat dari sebuah restoran. Bertugas sebagai pembantu Ian Emran telah menimbulkan perasaan cemburu di dalam hati Marina, sahabat karib Ian Emran yang telah tujuh tahun setia di sisi lelaki itu. Begitu juga dengan beberapa kakitangan wanita lain di pejabat hingga menimbulkan gosip tidak baik ke atas dirinya.

Lantas, Ian Emran yang mula menaruh hati terhadap Suriani segera menyuntingnya sebagai suri di alam rumah tangga. Sepanjang tempoh pertunangan mereka, pelbagai dugaan dan cabaran harus dihadapi kerana Marina yang mendambakan cinta Ian Emran sentiasa menggugat kepercayaan Suriani terhadap Ian Emran.

Tatkala jiwa Suriani berperang sesama sendiri Mahadi muncul kembali, ingin mengotakan janji-janjinya terhadap Suriani untuk membawanya “terbang” bersama.
Suriani tersepit di antara tunangnya, Ian Emran dan kekasih lamanya, Mahadi.

Ke manakah haluan hidup Suriani? Ke manakah kapal terbang kertas akan membawanya terbang.


2 comments:

NoYB said...

wah...mcm sgt menarik la cerita ni...^____^

sujie said...

Assalamualaikum..

Saudari, sy nk tye berapa tahunkah Marina mnggu lafaz aku cinta padamu dr bibir Ian Imran? Kerjasama dr anda amatlah dihrgai...TQ