Saturday, October 30, 2010

Jawatan Kosong....

Assalamualaikum...

Tajuk entri kali nie lain macam sikit.... sbb aku sedang mencari kerja... Aku cuma ada tempoh sebulan aje lagi untuk mendapat kan kerja baru... seandainya dalam tempoh sebulan nie aku masih juga tidak mendapat pekerjaan baru.. jadi nya aku bakal memegang title penganggur...
Aduhai... susah nya bekerja dengan orang nie... susah nak puaskan hati orang... aku dah buat sehabis baik.. tapi salah juga yang dicari, apakan daya aku lagi....
Dua tahun aku bekerja di sini.. mmg seronok, banyak yang aku pelajari di sini, tapi mungkin sudah tiba masanya untuk aku mencuba sesuatu yang baru... mencari suasana yang baru, rakan2 sekerja yang baru... munkin juga rezeki ku di sini hanya setakat itu sahaja.... Bila memikirkan bahawa aku bakal menjadi penganggur.. x sanggup pula rasanya nak berhenti kerja... ADA TAK SAPA2 @ MANA2 COMPANY YANG NAK HIRE CLERK @ APA2 JAWATAN KOSONG BAHAGIAN HR.... hehehhehee... dah tahap x boleh nak pk lebih2 dah nie....
Apa la aku ni... mengeluh lagi.... nak buat cam mana nie....
tapi bila difikir2kan semula seronok juga kalau berhenti kerja nie... boleh la relex kat umah lama2... boleh balik kampung.. lepak2 ngan mama.... makan2.. wah seronok nya bunyi... tapi x der income masuk... cam ner nak sofing2... x boleh nak beli novel..... wawawa...wa...wa...waaaaaaaaaaaa....
Ya Allah Ya Tuhan ku.. Kau permudahkan lah segala urusan ku.... Kau bukakan lah Pintu rezeki buat ku seluas2 nya.... Amin... Amin..amin....
Aku sudah buntu memikirkan nya... insyallah pintu rezeki untuk ku sentiasa terbuka luas selagi aku berusaha.. Dah buntu dah nie.... jadi.. jumpa lagi lain kali ye....
gud nite.. sweet dream... sleep tight.....

Monday, October 25, 2010

Aktiviti Hujung Minggu...[ Hari Sabtu ~ hari Ke 2... ]

Salam...

Harap anda semua sihat sentiasa.... Menyambung cerita hujung minggu lepas... Hari sabtu aku pergi ke Mid Valley kan ada JobFair.... Lepas register aku pun masuk la kat Mid Valley Exhibition Centre..... Wow.. memang ramai la orang.... Syaraikat2 yang menyertai exhibition tu pun ramai..... maka bermulalah pencarian aku... hampir 1 jam aku memusing2 kat dalam tu... aku agak keciwa.. kerana jawatan kekosongan pekerjaan amat kurang untuk bahagian HR... x banyak pun... boleh dikira dengan jari... Akhirnya aku drop kan juga la resume aku kat 3,4 company nie... Company yang aku kira sangat menarik tawarannya.... hehehhe... harap2 aku di panggil la interview...

Dah Setengah hari aku pusing2 dalam Mid Valley Exhibition Centre.. apa lagi aku kau la tuk cari makan plak.... lapo oooo.... biasala mkn kat Mid Valley... x semuanya sedap.... tapi harganya tetap mahal.... alasan tempat best, apa yang best aku pun x tau.... dah sudah makan2.. time to ronda2... bukan nak sofing sangat pun, saja2 cuci mata.... biasa la... dah penat pusing2... tiba masa mencari tempat nak melepak... yes... dah jumpa pun tempat nak lepak... MPH Book Store...

Masuk MPH je dalam kepala dat terbayang novel... novel... dan novel.... niat sebenr nya ukan nak beli pun sekadar nak lihat2 dah baca sikit2 je kat MPH tu... tapi lain pulak yang terjadi... tiba2 aku terpandang satu buku nie... dah lama aku cari... tanya kat publisher pun diaorang kata x der stok baru.. aduh... tapi sekarang rasa nak melompat2 bila nampak buku nie.... ala dah janji x nak beli buku ari nie... tapi x boleh jadi nie, kena bei jugak sebab buku nie susah nak dapat.. ko korang nak tau buku apa???? buku nie la... "ADA CINTA"...

Akhir nya aku beli jua... bertambah2 happy bila ada diskaun 20%.. bagus gak MPH nie.. Maka dengan itu betambah lagi la koleksi novel2 yang belum sempat aku baca... entah bila nak habis baca, memandangkan setiap bulan banyak novel baru yang keluar... aduhai.. pening jugak kepala, mana tidak nya banyak dah terMiss novel bulan2 sebelumnya.... harap2 ada rezeki untuk dapatkan nya...
Dah habis dah cerita hunjung minggu lepas...
So kita jumpa lagi2 ye... lain kali... di lain cerita...


goodies Bag & barang2 yang ada didalammya













Tuesday, October 12, 2010

Aktiviti Hujung Minggu...[ Hari Jumaat ]

 Salam...
Lama sungguh tidak menjengah rumah ku ini.. bersawang sudah... hehehhee... cuti raya + Cuti dapat niece baru + sibuk dengan kerja2 office.. maka rumah ku ini ku tinggal kan sebentar... kini aku kembali.. heheheh

Nak cerita sedikit pasal hujung minggu yg lepas... Hari jumaat pergi daftar nak sambung study kat UNITEM...Selesai segala urusan...( harap2 dapat la masuk ).. aku pun balik la.. x kan nak duduk kat UNITEM tu sampai malam kan... balik aku singgah kat KL Sentral.. maklum la pergi naik train.. balik pun kena la naik train kan...

So bila dah singgah KL Sentral cam biasa la aku pasti melawat kedai buku kat tingkat atas kedai MAG &  NEWS.... mmg banyak pilihan la.. buku2 sekolah & yg paling penting sekli novel2 yang banyak... Novel2 baru pulak tu.. nie ya buat aku tak sabar nak borong nie... mencari bahan bacaan untuk hujung minggu walaupun masih banyak lagi novel2 yang belom aku baca sebenarnya... tiba2 aku terpandang sebuah buku nie macam menarik jer untuk dibaca.. tapi bukan untuk aku.. untuk anak buah yang baru jer abis UPSR last week.. Harap2 Along berjaya dalam UPSR hari tu...
Putera Fariri Dengan Buku Resipi Ajaib...
Khas aku beli untuk Azeq Khaireen.
Tu buku untuk anak buah.. nie pulak buku yang aku beli untuk diri sendiri... walaupun dah banyak bahan bacaan tapi aku tetap beli jugak... aduyai... kopak lagi aku...
JiranKu Kekasihku..
Baru separuh aku baca buku nie... mmg best cerita dia... sbb sebelum nie aku dah baca kat Penulisan2u... so aku bersungguh2 cari buku nie sebab nak tahu ending cerita nie... setakat yang aku dah baca amat memuaskan... harap2 ending cerita ini tidak menghampakan aku...

So aku rasa sampai sini dulu la.. sok aku sambung lagi.. untuk aktiviti hari yang seterus nya.. hehehhe... so jumpa lagi ekkk... selamat membaca & selamat ber blog...

Friday, September 3, 2010

Cuti Oh Cuti... Raya Oh Raya....

Assalamualaikum....

Semoga semua blogger2 & sahabat2 di alam maya ini sihat hendaknya... Alhamdulillah hari nie sudah 24 hari semua umat islam berpuasa... dan x sampai seminggu lagi kita akan menyambut lebaran... Sekarang ni masing2 sibuk dengan persiapan nak menyambut lebaran... Mana nak fikir baju raya, kuih raya, nak deko rumah lagi... kalau boleh serba serbi nak yang baru.. Tapi ingat semua jangan sampai berlebihan.. biarlah berpadanan dan bersederhanaan...

Senang nya hati bila cuti raya diluluskan oleh bos tanpa banayk soal... Bos tanya :

Bos: Berapa hari nak cuti???
Tie: 9 hari sir...
Bos : Bila nak balik kampung??
Tie : weekend ni la sir...
Bos: balik naik apa??
Tie: naik kereta Sir..
Bos: Ok U boleh cuti... Selamat hari raya... Nie bonus tuk U... lepas cuti jgn x datang kerja pulak...
Tie : Thanks sir.. Selamat hari raya.. minta maaf banayk2 ye sir...

heheheheh... aku apa lagi.. kuar dari opis bos, senyum sampai ke telinga.. yes..ye..yes... boleh shopping...
baik nya bos aku.. nasib baik dia tak tanya banyak.... Nie yang cayang bos nie.. tahun depan bagi banyak2 lagi ye bos.. moga Allah murahkan rezeki bos... Amin,...amin...amin... Nampaknya aku boleh balik raya dengan senang hati.. Mom tunggu kepulangan anak mu ini... rindunya nak balik kampung...

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti


Dikesempatan yang ada nie aku nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa, menyinggung perasaan teman2 dengan kata2 yang aku coret kan disini... Al-maklumlah... lidah tidak bertulang... jari hanya mengikut otak yang mencerna segala untuk di lakarkan... mungkin ada yang terasa hati... Ampun & maaf dipinta...
Kepada semua Teman2, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHHIR & BATIN...

Kepada yang pulang kekampung berhati2 di jalan raya.. patuhi had laju yang ditetepkan... Jangan merempit ye.. bahaya.... Semoga kalian sampai ke destinasi dengan selamat..

SELAMAT HARI RAYA...

Saturday, August 28, 2010

Spanar Rindu Skru...



Assalamualaikum...

Nak review novel keluaran Alaf21.. Novel bonus untuk bulan Jun.. Sebenarnya buku nie dah lama habis dibaca... tatapi belum sempat nak review.. so hari nie nak review la buku nie...
Spanar Rindu Skru... Dari tajuk je dah unik, lain dari yg lain.. tapi masih lagi berkisarkan Cerita cinta.. 
Kisah dua darjat.. Yg miskin dan yg kaya... kerana dendam anak2 menjadi mangsa. Sebuah cerita yang mengusik jiwa... dan bisa mengalirkan air mata yang bukan sedikit... 

Reen & Amin.. membesar dalam suasana kampung... Reen di besarkan oleh Datuk dan Neneknya.. Manakala Amin menumpang dirumah makciknya setelah ahli keluarganya meninggal dunia dalam kebakaran. 
Persahabatan Antara Reen & Amin dihalang oleh bapa Reen.. Kerana berdendam dengan bapa Amin, Dato' Yussof telah melarang dan memisahkan Reen & Amin... Reen telah dihantar ke luar Negara untuk sambung belajar, manakala Amin telah berhijrah kebandar untuk mencari kehidupan yang lebih baik..

7 tahun Reen di Jerman, manakala Amin berada di Jepun Bekerja sambil belajar... Mereka bekerja di Syarikat yang sama, Reen di HQ, manakala Amin di Branch di Bangsar. Tetapi mereka tidak mengetahui dan tidak pernah berjumpa. Tanpa mereka sedari sebenarnya mereka sering berchatting bersama. mereka menggunakan nama samaran "SKRU" & "SPANAR".

Tanpa sengaja mereka bertemu apabila Reen terpaksa menyelesaikan masaalah berkaitan aduan pelanggan dan harus bertemu dengan pengurus bahagian servis branch dimana tempat Amin bekerja. Pertemuan yang tidak terduga itu membuat Reen menaruh harapan terhadap Amin.. Amin tidak mengetahui yang sebenarnya Reen telah bertunang dengan Razin.

Dato' Yussof mendapat tahu yang Reen & Amin masih berhubung lalu menentang hubungan mereka sekerasnya... Dato mempercepatkan lagi majlis pernikahan Reen & Razin.. Reen nekad melarikan diri dan ingin mengikut Amin untuk menyambung belajar diluar Negara. Tindakan Reen itu mengejutkan semua orang terutama sekali Dato' Yussof. Amin menjadi serbasalah dan menangguhkan pemergian ke luar negara dan membawa Reen pulang kerumahnya. 

Dato Yussof mencari Reen dirumah Amin dan telah mengamuk terhadap Amin... Dato Yussof bertindak memukul Reen & Amin... Reen cuba menghalang ayahnya dari memukul Amin..tetapi tidak diperdulikan oleh ayah nya... tanpa disedari Dato'Yussof telah menolah Reen dan menyebabkan Reen terjatuh dan Reen telah dihempap almari dan menyebabkan kecederaan yang teruk.. Reen telah lumpuh selain dari itu juga doktor telah memberitahu bahawa Reen mengalami pendarahan di kepalanya..... Dato' Yussof  menyalahkan dirinya atas kecederaan yang telah berlaku kepada Reen.. Disebabkan kecederaan yang teruk & lumpuh Reen menjadi hilang semangat bersama hilangnya Amin... Di sebabkan kejadian itu Amin telah pergi keluar Negara untuk menyambung pelajaranya...

Dato' Yussof menyedai kesilapannya dan telah ke luar negara untuk memohon maaf terhadap Amin dan meminta Amin memujuk Reen untuk melakukan rawatan... Disebabkan kecederaan ren itu jua razin telah memutuskan pertunangan  antara mereka. Amin pulang menemui Reen dan berusaha memujuk Reen untuk menjalankan rawatan tetapi Reen enggan kerana berasa rendah diri dan malu pada orang sekeliling.

Amin telah melamar Reen untuk mejadi suri hidupnya. Pada malam hari pernikahan mereka Amin berkelakuan agak pelik dan menimbulkan tandatanya pada Reen.

"Reen dah jadi milik Amin dunai dan akhirat"....
"Reen serahkan jiwa dan nyawa Reen pada amin. juga dunia akhirat"...

Amin meminta diri untuk pulang kerana keesokan harinya majlis persandingan akan berlangsung.. sebelum pulang Reen telah meminta Amin menghantarkan nya ke dibiliknya di tingkat atas. Malang tidak berbau dalam perjalan pulang kerumah kenderaan Amin telah terlibat dengan kemalangan dan Amin telah meniggal dunia. Reen yang mendapat khabar berkenaan telah meluru ketangga dan telah terjatuh... Dalam perjalan kehospital Reen Juga telah meninggal dunia.

Kisah yang amat memilukan hati.. betapa sucinya sebuah cinta... dan juga perjalanan setian insan itu telah ditentuka oleh Allah s.w.t. Walaupun sekadar cerita ianya amat menginsafkan kita. "bercinta dan berjanji untuk sehidup semati " dan janji mereka tertunai... hari yang sepatutnya untuk bergembira meraikan perkahwinan telah bertukar menjadi hari yang paling menyedihkan dan hari pengkebumian mereka..

Kepada mereka yang masih belum membaca dan memiliki buku ini... anda adalah insan2 yang rugi... kerana novel ini merupakan sebuah novel yang sangat menarik untuk dibaca dan dikongsikan bersama. tahniah kepada penulis buku ini EMMA MAIZURA telah menghasilkan sebuah cerita yang sangat menarik dan belum pernah ada lagi mana2 ending sesebuah cerita berakhir dengan kematian yang paling tragik.da menyedihkan..
To u all... selamat membaca.... dan menhayati cerita " SPANAR RINDU SKRU".....


" Pejamkan Matamu Kala Rindu, Pasti Kau Rasa Hati Kita Bersatu "


" Amin Harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keihklasan supaya bercambah benih kasih sayang. Amin doakan kejayaan Reen."

Sinopsis

PERTEMUAN tanpa diduga di alam maya membuatkan hubungan Minah Spanar dan Mat Skru bertambah erat. Sehari tidak berchatting terasa dunia seakan tidak ceria walaupun mereka tidak pernah bersua muka. Spanar sering berkongsi rasa dan cerita dengan Skru tanpa sebarang curiga. Skru yang bertindak sebagai pendengar dan penasihat membuatkan jiwa Spanar sentiasa tenang. Setiap kali dilanda rindu, kepada Skru, dia meluahkan semuanya.

Sikap Skru membuatkan Spanar mengingati Amin, lelaki yang dikenalinya tujuh tahun yang lalu. Dia pernah ada rasa sayang pada Amin, namun mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan taraf. Akhirnya, Amin pergi akibat rasa terhina. Dan selama itu jugalah, dia menjadi penunggu yang cukup setia. Sesungguhnya, perpisahan itu amat menyakitkan. Alangkah indahnya jika selepas perpisahan, wujudnya pertemuan. Pasti tiada insan yang merana dan tiada jiwa yang menderita. Dia ingat lagi pesan Amin;

“Amin harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keikhlasan supaya bercambah benih kasih dan sayang. Amin doakan kejayaan Reen. Ada jodoh kita akan bertemu kembali…” 

♥Kenapa ALLAH temukan kita dengan org yg salah♥






Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..