Monday, August 16, 2010

Salam...
Akhirnya berjaya jua aku menghabiskan membaca novel nie dalam masa sehari... sebelom sahur pagi tadi khatam sudah.. hehehhehehe... cerita yang best... x der la jiwa2 sangat.. sikit2 jer... Kahwin paksa tidak mustahil tak bahagia... 
cuma perlu berusaha+berdoa+bertawakal =pasti akan bahagia...
walaupun Kena Kahwin paksa...

"Agaknya kalau satu masa kita terpisah jauh, awak jangan lupa pandang ke langit. Tengok ada bulan,pasti akan terlerai bila kita memandang ke bulan. Kerana di mana saja kita berada bulan tetap sama..."


Sinopsis...

Nur Syakirin Abdul Majid terpaksa berkahwin dengan jiran hadapan rumahnya di kampung atas desakan abahnya. Ahmad Zaim pula terpaksa akur dengan kehendak orang tuanya yang meminta perkahwinan yang terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir diteruskan dengan berkahwin dengan Kirin.

Namun begitu, kehidupan pasangan ini tidak seperti pasangan pengantin baru kerana Zaim masih tidak dapat melupakan Sofea. Mereka tinggal serumah tetapi tidur berasingan bilik. Kemunculan semula Sofea telah memberi impak sehingga hampir melumpuhkan mahligai yang terbina di antara Zaim dan Syakirin. Kemesraan yang terjalin di antara Sofea dan Zaim menimbulkan rasa curiga di hati Kirin. Keegoan dan keras kepala Zaim dan Syakirin menyebabkan rumah tangga mereka kucar-kacir. Kehadiran Johan dan kemesraan Kirin terhadap Johan membuatkan Kirin seperti dua kali lima sahaja dengan Zaim. Mereka masing-masing hidup dalam keegoan tetapi masih mencintai dan menyanyanyi dalam diam. Walaupun pertengkaran sering kali terjadi, tiada penceraian yang dipinta.

antara ayat yang kelakar, lucu

# "peah ? " . muka zaim sudah blur. Peah mana pula ni? Yang dia tau, Peah tu nama Kucing kat rumah umi. Bila masa pula dia angau dgn kucing kat rumah kampung tu?

#" Bukan aku yang takut bini. Tapi bini aku yang tak takut dengan aku. " laju Zaim memuturkannya.

# Terasa Zaim memandu sangat lambat. Slow giler ! Mengalahkan kura-kura sakit kaki.

# cu...kadang-kadang nilah sebabnya kirin bengang giler dangan Zaim. Dia suka over tau. Kirin merajuk, lari setakat merentas Lebuh Raya Utara Selatan aja tau. Tapi dia punya merajuk, sanggup bawa diri sampai terbang mengharungi Laut China Selatan, tu apahal," kata syakirin masih tersedu-sedu. Air matanya sudah berhenti mengalir.

No comments: