Assalamualaikum.....
Salam Ramadhan.. hari ke 7 umat islam seluruh dunia berpuasa... Tak terasa puasa tahun nie... sedar tak sedar dah masuk hari ke 7 berpuasa.. Alhamdulillah... Nikmat Allah yang kita tak nampak...
Diharapkan semoga Dapat menjalankan Ibadah Puasa ini dengan sempurna, dengan penuh kesyukuran dan dengan penuh keinsafan..
Hari nie nak review pasal buku AD + IZ... dah lama habis baca buku nie... tapi x sempat nak share kat sini... so hari nie nak share la sikit.. hehehheheh
AD + IZ... cerita yang menarik... kisah seorang AD.. yang terpaksa hidup susah selepas pemergian bonda tersayang... menumpang kasih keluarga tiri yang langsung tiada kena-mengena @ kaitan dengan diri nya...
Terpaksa bekerja untuk menyara diri sendiri dan keluarga tirinya... Bertemu dengan IZ denagn tak sengaja dan dipaksa berkahwin dengan AD... hurrmm... menarik cerita nie sebenarnya.. Masing2 ada ego yang tinggi tak nak bertolak ansur.... Tapi sudah ketentuan jodoh, pertemuan, ajal, maut ditangan tuhan... sejauh mana kita lari..dia tetap menghampiri... "kalau dalam hati ada cinta"... "kalau dalam hati ada taman".... Pasti tetap bersama... Tahniah kepada penulis novel AD+IZ...
Sinopsis...
Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.
Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.
Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.
Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.
Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.
Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.
Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan.
Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya.
Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang? Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ.

No comments:
Post a Comment