Tuesday, September 8, 2015

Assalamualaikum...

fuhhh...
Lama sungguh tak menjengah rumah yg satu ni dah bertahun dah.. Bersawang dah pun...
bz sesangat dengan tuntutan kerja seharian...
tapi hari nie tiba2 teringat kat rumah ni..
heheheeh.. nasib baik lock pintu ni masih boleh buka.. kikikikiki...

hari nie nak cerita pasal novel la...
dah lama tak cerita atau review pasal novel..
kita cerita pasal novel baru la...

Novel terbaru dari IKP ...

KOMBO LIMITED EDITION HANI FAZUHA...

YANG BERNAMA CINTA
SEMENANJUNG MALAYSIA = RM28 + RM6 (Postage)
SABAH/SARAWAK = RM31 + RM10 (Postage)

PERGI TANPA ALASAN
SEMENANJUNG MALAYSIA = RM29 + RM6 (Postage)
SABAH/SARAWAK = RM32 + RM10 (Postage)

HARGA KOMBO...
YBC + PTA
SEMENANJUNG MALAYSIA = RM65(Termasuk kos Postage)
SABAH/SARAWAK = RM73(Termasuk kos Postage)

*untuk tempahan (order) dan sebarang pertanyaan boleh PM tie di FB Tie Tinie




Wednesday, March 13, 2013

LaGi... NoVeL BuLaN ApRiL TerBiTaN KaKi NoVeL

Salam..
Selamat petang...
jom sambung pasal novel terbitan kaki novel April 2013...
ada 3 buah lagi... huuhuhuhuhu... Bula April KN terbbitkan 5 buah novel sempena PBAKL 2013..

jom skodeng cover2 lagi 3 buah novel tu... kikikkikiki..




yeyyyy... nie dia buku-buku ya... cantik kan covernya.. cun giler...
Jom kita Baca Sinopsis novel2 nie...





PELANGI CINTA BUAT SUAMI ~ ACIK LANA

Sinopsis:-


Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja. 

Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.

Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.

Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya.

Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak.

Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina. Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya.

Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.

Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap semula tangannya.

Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?

“Percayalah kasih… kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga.”







GILER KAU? ~ DYA DILA


Sinopsis:-


Kehidupan sebagai anak yatim piatu menuntut Intan Azura Abdullah Lee belajar mempertahankan diri dari ancaman orang lain. Dalam sikap yang selalu berhati-hati, dia selalu cuai. Mujur ada Maya Kirana teman merangkap sahabat yang tak punya pertalian darah tapi hubungan mereka lebih daripada adik-beradik.

Intan selalu menghabiskan masanya di Yayasan Kasih, tempat dia dibesarkan. Di situ juga dia mendapat keluarga yang besar dengan kasih dan cinta penghuni yayasan kasih.

Pertemuan dalam adegan tak sengaja dengan Syed Shahrul Iskandar mencetuskan terlalu banyak accident dalam hidupnya. Setiap kali jumpa, setiap kali itu juga mereka akan bergaduh. Macam anjing dengan kucing. Nak dijadikan cerita, mamat bengis@Poyo tu adalah jirannya. Semakin sengitlah perang di antara mereka berdua.

Kemunculan Lokman Hakeem membuatkan Intan rasa dia disayangi. Bertambah bahagia bila lelaki itu menghulurkan kata cinta sehingga membawa kepada perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Di saat ingin melakar bahagia, Lokman Hakeem menghilangkan diri di hari pernikahan mereka. Pengantin lelaki bertukar tempat. Syed Shahrul Iskandar sanggup menjadi suaminya dan berjanji melindunginya.

Dalam ikatan suami isteri yang didasari atas rasa tanggungjawab membuatkan Intan dan Shah berdepan dengan dugaan dan kisah lucu dalam rumah tangga mereka. Namun, kebahagiaan yang baru berputik terganggu
dengan kemunculan semula Lokman Hakeem yang menagih cinta Intan dan Zaireen Amalina yang sememangnya
menggilai Shahrul sejak dulu.

Pergolakan yang akan membongkar satu rahsia. Rahsia antara Shahrul dan Intan. Apa akhirnya hubungan
Shahrul dan Intan? Semuanya terjawab dalam Giler Kau?

“Menjadi cinta PERTAMA kepadamu adalah suatu yang HEBAT, tetapi menjadi cinta yang TERAKHIR adalah jauh lebih SEMPURNA”
ER KAU?








CHEESE ~ CIK QWERTY


Sinopsis:-

Dia, Nia Saffiya. Anak kepada Encik Amar dan Puan Nor merangkap adik kepada Nash, sang penyakat dalam keluarga. Dia perempuan biasa. Tak ayu sangat dan tidaklah terlalu selamba. Asal dia selesa, okey saja.

Tapi satu yang orang kata tentang dia, dia kurang berperasaan. Suka tapi macam tak teruja. Marah tapi macam okey. Pada dia itu bukan masalah. Tapi pada orang lain, itu memang masalah!

Dia, Adi Ashq. Anak kepada Encik Izham dan Puan Lia merangkap adik manja kepada Aina Dayana, sang penyeri dalam keluarga. Dia lelaki tak berapa nak biasa. Dia kuat membebel macam mak cik-mak cik. Dan agak manja.

Tentang perasaan, dia agak mengada-ada. Nak orang luahkan, baru dia sengih tunjuk gigi tak sudah. Maka, bila mana si dia dan dia bersatu, orang sekeliling pening dan naik risau! Yang perempuan kononnya kuat macam batu dan yang lelaki kononnya normal tapi manja mengada-ada. Bila seorang jatuh cinta dan dengan mudah melafazkan cinta, yang lagi seorang memendam rasa dan
 buat tak tahu. Siapa tak geram?

“I love you.”

“Hurm.”

“Hurm aje?!”

Ini cerita bukan sekadar cerita tetang dia yang begini dan dia yang begitu. Ini cerita tentang kasih sayang antara dia dan dia serta mereka dan keluarga juga kawankawan sekepala!

“Ingat siapa?”

“Makwe lama. Cemburu tak?”

“Buat apa nak cemburu? Kita dah dapat awak pun.”




Ok... Dah abis dah novel terbitan KN bulan April.. novel2 nie boleh order melalui on line.. nak order sila ke KAKINOVEL... x peun boleh juga dapatkan di PBAKL 2013 nnt..

ok la korang2 semua... happy shopping & happy reading...




see u...



Tuesday, March 12, 2013

MiNi NoVeL ReHaN MaKhTaR

Assalamualaikum...

Selamat Petang... :)
hari nie ada sedikit masa untuk update blog.. kalau tidak.. x sempat nak jengah blog sendiri..
asyik bersawang je blog.. heheehh..
Petang nie nak cerita pasal mini novel Rehan makhtar... Mini2 novel nie novelis nie terbit sendiri... kalau cari kat kedai2 buku mmg x kan jumpa...
jom kita tengok mini novel Rehan yg Pertama...


Ku Ingin Milikimu..

Yeahhh... nie dia Mini Novel Pertama yg Rehan Makhtar terbitkan sendiri...  
meh sini baca Sinopsis KIM nie...

Sinopsis :

“Aku inginkan dirimu, datang dan temui aku dan akan ku katakan padamu, aku sangat mencintaimu. Sesungguhnya, aku inginkan dirimu datang dan temui aku dan akanku katakan berkali-kali yang aku amat mencintai dirimu dan demi semua yang aku jalani bersamamuku ingin kau jadi milikku, ku ingin kau disampingku. Aku akan mencintaimu menjagamu seumur hidupku…” – Mohd Mukhlis

“Selama ku masih bisa bertahan selama ku masih bisa bernafas, selama Tuhan masih mengizinkan, ku ingin selalu bersamamu… Selama ku masih bisa bertahan, selama ku masih bisa bernafas, ku ingin selalu mencintaimu…” - Anahara

“Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta dan hanya dirimu yang bisa membawa syurga dalam hatiku ku ingin engkau menjadi milikku aku akan mencintaimu menjagamu selama hidupku dan aku kan berjanji hanya kaulah yang ku sayangi ku akan setia disini menemanimu...” – Zafran 

Antara memiliki dan mencintai, di manakah pengakhiran kisah hati Mohd Mukhlis, Anahara, Jeslina dan Zafran demi permata hati, Si kecil Aryana.


Lepas KIM nie.. ada lagi sebuah mini g Rehan terbitkan sendiri juga... Mini yg ke-2 nie cerita pasal Zafran pulak... kira cam sambungan la dari KIM...
Cover mini novel nie kat bawah ye... :)

Kerana Sekali Cinta...

Cerita nie sweet sangat... bila baca senyum je... 
jom tengok Sinopsis KSC nie...


Sinopsis :

Cinta pertama itu pernah hadir. Memang indah biarpun parah membadai jiwa. Bertahun aku pertahankan kisah hati yang ternyata bukan milik aku namun akhirnya, takdir membawa khabar yang nyata. Indahnya cinta pertama, malah hebat lagi cinta kedua. Dia hadir ketika takdir membawa dia dekat di hati. Dias ah di sisi bila takdir menolak dia menjadi milik diri ini. Dia… Anaresa. Unik, muda dan masih bergelar budak sekolah. Namun, kala lafaz sakinah tu terluncur dari bibir ini, dia adalah wanita. Wanita kepada seorang lelaki, isteri kepada seorang suami – Zafran Zaini

“Moga keindahan cinta kita kekal selamanya. Andai terduga, kekalkan Resa di hati abang. Menjadi wanita memujuk hati abang, menjadi teman mendengar masalah abang dan menjadi isteri memeluk abang ...” – Zafran

Aku masih bergelar budak sekolah. Masih sopan dalam kenakalan ini. Dia hadir tanpa kuduga. Membawa kisah cinta yang tak pernah ada di dalam hati. Ternyata yang pertama itu untuk dia dan juga berharap dialah yang terakhirnya. Saat tawaran terhad itu aku terima, ternyata akulah pelengkap sisi rusuknya. Ada resah dalam diri. Mampukah seorang budak sekolah menjadi isteri? Namun, kala dia melafazkan akad, mengucup nafas di kepala, dia adalah suami dan aku adalah isteri – Anaresa Abdullah

“Resa cintakan abang. Yakinlah, kerana sekali cinta, Resa tetap cinta…” – Anaresa

Zafran dan Anaresa bertemu kala takdir membawa dua hati itu mendekat pada tempat dan waktu yang tepat. Umur menjarakkan namun cinta di hati mendekatkan malah jodoh merelakan. Menerima suami yang matang membuatkan Anaresa kalut sejenak. Bagi Zafran pula, mencintai budak sekolah itu membuatkan dia yakin, dia perlu mendidik Anaresa menjadi mata sebagai seorang wanita dan isteri.

Jom, selami tingkah Anaresa yang mencuit hati dalam menjadi isteri pada Zafran yang romantis.


hurmmmm.... teruja x bila baca sinopsis Mini Novel nie... mesti terujakan??? kalau nak baca mini novel nie pun boleh juga... sila terjah Blog Ijo Rehan Makhar <--- kat="" klik="" nama="" rehan="" span="" tu="" ye...="">

Disebabkan oleh NM nie x de kat kedai2 buku... dan kalau U oll's nak dapatkan NM Rehan nie... U oll's boleh order dgn Rehan Sendiri... cari je Rehan kat FB dia... tak pun.. cari cik Admin Rehan iaitu.. CIk Hashimah Hashim... hehehehehe... 

ok u oll's.. nie baru dua tau.. ada lagi 2 mini novel rehan... sok2 la pulak ye ai bg tau.. heheheh..
masa dah time.. have to go home... 
bye u oll's...






Thursday, February 21, 2013

21hb Februari 2013

Assalamualaikum...

Tahun 2013 sudah hampir ke penghujung bulan februari...
namun belom ada new n3 pun kat blog.. kikikiki... sungguh tiada kerajinan nak berbloging sekarang nie.. dgn masa yg tak terurus... dan juga dgn masalah2 sekeliling...
lama x review pasal novel2 yg dah dibaca dan novel2 baru yg terdapat dipasaran sekarang... mini2 novel & novel2 yg penulis terbit sendiri... insyallah akan dicari juga masa untuk Review novel2 yg dah dibaca...

Jom kita tengok novel baru yg terdapat dipasaran sekarang... untuk bln 1 & 2 tahun 2013...

PuBliSHer KaKi NoVeL. 

NOVEL KAKI NOVEL BULAN JANUARY....
 
AnDaiNya BuKan UntUku 
CiNta ItU MiLikKu 
LeLaki VerSi DiA
       













NOVEL KAKI NOVEL BULAN FEBRUARI

BuKaN BisIkaN 
KaSiHkU YanG SaTu
KhiLAf SeMaLaM













NOVEL KAKI NOVEL BULAN MAC

      
JanGaN MErAJuK SaYanG
     
SeGaLaNyA MuNgKiN 
                                                    












kalau nak buat koleksi novel2 terbitan KN nie boleh Buat tempahan melalui on9 je.. senang dan mudah... kalau register jadi member boleh dapat diskaun RM 4.00 & free Postage... Boleh klik link nie... http://www.kakinovel.com/  HaPPy ShoppIng & HAppY ReaDing...












Friday, December 28, 2012

JumaaT yang IndaH...

Assalamualaikum...

Salam pagi JUMAAT terakhir untuk tahun 2012.. semoga kita semua bertemu lagi di Hari Jumaat tahun Baru 2013.. Insyallah...

Yeyyy... hari nie happy sangat sbb Blog dah kembali pulih... dah cantik.. wahhh... semangat gitu nak upadate blog.. pepagi lagi dah menaip nie.. kalau tak.. hurmmm... sign in.. sign out.. itu je.. x de buat apa2.. sbb x leh nak tukar setting... kikikikiki...

So oleh sbb blog dah kembali pulih dan dah cantik.. million thanks to kak RAFINA MIMI... thanks kak...
lepas nie.. leh la update blog hari2.. sbb dah x de kerja.. kahkahkah.. permulaan tahun baru dgn rasa sedikit keciwa... tapi bersyukur dgn apa yg ada.. 

Ok semua... selamat bekerja.. berkerja dengan seikhlas hati... Semoga segala tangungjawab yg diamanahkan kepada kita dapat dilaksanakan dengan sempurna...semoga hari ini memberikan anda semua kebahagiaan dan keceriaan..

love u :)



Wednesday, November 14, 2012

AkU YanG PenInG

Assalamualaikum...
lama sudah aku x ber blog...
Bila buka blog.. aku pening sendiri... blog dah baru... tapi masalh bg aku..
macam mana nak tukar BG blog nie???
adehhh... rasa dah bosan ngan BG yg sedia ada nie... tapi cam ner nak tukar..
ada Siapa2 yg boleh tolong x???

Saturday, July 14, 2012

Hujung minggu orang bujang...

Assalamalaikum u oll's....

Cuti hujung minggu yg agak boring... heheheh... tiada aktiviti nak dibuat... TApi kat bawah rumah sejak dari pagi td sampai sekarang masih lagi bising... ada sambutan hari perpaduan.. hahahaha...

Tapi tie x join la... bukan sbb apa... rasa segan nak join.. lagi pun belom kenal org2 kat sini... rasa cam alien je... bila kita lalu org2 pandang... og no... perasaan tie je kot... tapi org2 kat sini mmg peramah.. bila terserempak mesti tanya.. duduk blok mana, tingkat berapa, pintu no berapa??.. Aduhai.. makcik oooiii... jgn la peramah sangat...
Saya ni pemalu org nya... hahahahaha... budak2 duk main lari2 depan pintu rumah.. siap nak jadi ultraman tiga lagi.. hahhahahaha.. budak2... tiba2 aku rindu kat anak2 buah... aduhai... home sick

sok nak g mkn kenduri... insyallah kalau jadi la... teringin pulak nak mkn kenduri sebelom pose nie.. heheheh....

Minggu depan dah nak start puasa.. pertama kali berpuasa sendiri... cam ner la rupanya ye.. kena tunggu dan lihat... heheheheh....

nur qaseh.